20 September 2006

PILIHANRAYA KAMPUS PERLU DIJALANKAN DALAM KEADAAN ADIL DAN TELUS

Kenyataan Media
(19 September 2006)

TAJUK :

PILIHANRAYA KAMPUS PERLU DIJALANKAN DALAM KEADAAN ADIL DAN TELUS

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
menyambut baik terhadap kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam akhbar Berita Harian bertarikh 19 September 2006 yang tidak mahu mana-mana pihak melabel samada pro-aspirasi atau pro-pembangkang terhadap calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Kenyataan tersebut seolah-olah memberikan satu jaminan bahawa pilihanraya kampus nanti akan berlangsung dalam keadaan adil dan telus. Walau bagaimanapun, kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar yang lain tidak membayangkan kenyataan tersebut. Sebagai contoh di dalam Harian KOSMO! hari ini menyebut bahawa “Proaspirasi belum Selamat” . Kandungan muka surat 2 dan 3 melabel kumpulan proaspirasi dan propembangkang secara terang dan jelas.

Dalam isu ini, DPPNJ ingin menegaskan bahawa sekiranya berlaku ketidakadilan dalam pilihanraya kampus sekarang seperti ugutan dan halangan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP), kolej-kolej, dan pihak pentadbiran terhadap mahasiswa yang bertanding, maka ia mencamar kebebasan bersuara dan hak asasi pelajar untuk menjadi calon, memilih dan mengundi calon pilihan mereka sendiri!. Tidak ada demokrasi !!!

DPPNJ menasihatkan agar setiap calon yang diancam oleh pihak pentadbiran supaya membuat laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil tindakan atas ketidakadilan pilihanraya kampus ini dan berjuang untuk mempertahankan hak anda terutama kepada pemimpin dan pentadbir khususnya Dato’.

DPPNJ bukan bertindak untuk mencampuri urusan pilihanraya kampus kerana calon-calon mahasiswa dan mahasiswi mempunyai matlamat perjuangan mereka tersendiri. Justeru, DPPNJ juga tidak mahu campurtangan politik mengganggu perjalanan pilihanraya kampus ini.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/

No comments:

Sociable