02 April 2007

KE MANA HALA TUJU PEMUDA PAS JOHOR


Menjelang Muktamar DPPNJ pada 5 ~ 6 Mei 2007 yang akan datang, DPPNJ akan menyorot kembali perjuangan yang telah dilalui sejak ditubuhkan 35 tahun yang lalu.

Nama-nama besar seperti YB Salahudin Ayub (Ketua DPP Pusat, AP Kubang Krian), Sdr Mazlan Aliman (Naib Ketua DPP Pusat, Lembaga Pengarah HARAKAH), Sdr Ismail Ibrahim (Bekas AJK PAS Pusat, Bekas TPJ PAS Johor), Allahyarham Tuan Haji Hamid (kontraktor melayu yang berjaya) dan Tuan Haji Hassan Hussin (Bekas Pesuruhjaya PAS Johor) membayangkan betapa DPPNJ telah dipimpin oleh mereka daripada pelbagai latar belakang.

Insya Allah, temubual bersama mantan-mantan Ketua DPPNJ dan keluarga serta sahabat handai sedang dilakukan dan akan disiarkan tidak lama lagi.

1 comment:

che'GuBard said...

Salam lama sudah tak menjengok ke blog ini...

Tidak perlu dibandingkan semua yg pernah menerajui DPPJohor punya kelebihan tersendiri dan mereka mendepani permasalan dan cabaran yang berbeda.... tahniah Kanda bencana alam tempoh hari menggambarkan kelincahan saudara bersama jentera... ana kagum