02 May 2007

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS JOHOR


Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) telah berjaya diadakan pada 2 Mei 2007 bertempat di Mahad Tahfiz Al-Muhamadi. Dirasmikan oleh Ketua DMP Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat.

Turut Hadir Datuk Dr Mahfodz, Haji Aminulhuda & Ust Atan Gombang (TPJ), sdr Amin Sairan (SU BPPNJ), sdr Mazlan Aliman (Ketua Penerangan) dan Sdr Mustapha Abd Rahman (Bendahari BPPNJ). Wakil Dewan Pemuda PAS Johor yang hadir termasuklah sdr Mohd Faizul (SU DPPNJ) dan sdr Hamid Jamah (Ketua Penerangan DPPNJ).

Muktamar pada sesi ini menyaksikan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Muslimat Johor telah diisi oleh muka baru. Ketua DMPNJ disandang oleh Puan Hajah Atiah Binti Ahmad, Timbalan Ketua disandang oleh Puan Norhayati Binti Bachok dan Naib Ketua disandang oleh Puan Normala.

Puan Hajah Atiah sebelum ini adalah merupakan Timbalan Ketua DMPNJ. Manakala Puan Fatimah Binti Ismail telah mendapat undi tertinggi bagi Ahli Jawatankuasa DMPNJ dengan 116 undi.

DPPNJ mengucapkan selamat berjuang kepada pimpinan baru DMPNJ. DPPNJ akan sentiasa memberikan sokongan kepada gerakerja DMPNJ.

1 comment:

mm said...

Tiada komen cuma nak letak lirik lagu je

Umat Islam Sentiasa Boleh!!

Umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam….
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh 3x
Umat Islam zaman lampau
taat perintah Rasullah
bersama berusaha
bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia……
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama pegangan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharap keredhoan Allah
akidah ibadah harus sempurna
ibadat tanpa akidah wawasan syaiton
ulamak warisan Ambiak
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib hindari

Sociable