DPPNJ memandang serius berkaitan perkahwinan campur yang mula memasuki fenomena Malaysia. Berikut bebrapa pandangan daripada rakan blog DPPNJ.
------------------------------------------------------------------------
Kisah ini tiada kaitan dengan Tan Hong Ming rakan baikku daripada DAP Skudai (Hehe, Tan, jangan marah yea (^_^) ).
Ianya adalah iklan yang kita lihat di TV baru-baru ini. Bagiku ianya adalah lanjutan daripada indoktrinasi yang Sepet, Gubra dan Mukhsin ingin tanamkan dalam minda dan sanubari anak-anak Islam hari ini.
Ramai sahabat-sahabat daripada NGO dan parti lain yang bertanyakan kepadaku kenapa tidak boleh kahwin campur? Kenapa menyekat cinta antara dua insan atas alasan mereka berlainan agama? "Ini telah menyekat hak asasi manusia", kata rakan-rakanku.
Hari ini kita dapat melihat pada kebanyakan kereta di Malaysia, di cermin belakang kereta warga kita akan tertulis "Islam is the way of life", "Hinduisme is the way of life", "Jesus is Lord" dan sebagainya. Bermakna ramai antara penganut-penganut agama yang berlainan di negara kita mahu mengamalkan ajaran masing-masing secara serius dan ingin memberitahu orang lain (melalui pelekat-pelekat di cermin kereta ini) bahawa agama merekalah 'the way of life'.
Apabila agama masing-masing dianggap sebagai cara hidup, ia juga bermakna bahawa agama mereka mempunyai sistem dan hukum hakam, ataupun ajaran yang tersendiri. Maka setiap daripada kita mahu mengamalkan sistem beragama mereka dalam kehidupan harian.Begitulah juga dengan orang Islam, yang mahu, dan perlu (wajib) mengamalkan seluruh ajaran agamanya sebagai satu sistem hidup yang lengkap. Dalam kes perkahwinan campur misalnya, Islam menetapkan bahawa muslim hanya boleh ataupun dibenarkan berkahwin dengan muslim sahaja. Dan, semua muslim wajib menerima arahan ini sebagai salah satu hukum, dan syarat yang terletak di dalam ajaran Islam, sebagai satu sistem hidup.
Sama seperti orang Hindu yang tidak dibenarkan memakan daging lembu kerana itu adalah ajaran agama mereka. Mereka menurut arahan itu dengan patuh sebagai satu sistem hidup mereka. Orang Kristian pula hadir ke gereja pada hari Ahad kerana itu suruhan paderi dan 'alim ulama' mereka.
Lantas, tidak adil dan zalimlah kita jika memaksa orang Hindu untuk memakan daging lembu. Kita juga jahat jika memaksa orang Kristian untuk ke gereja pada hari yang lain selain Ahad, malahan tidak membenarkan mereka ke gereja pada hari tersebut. Zalim jika begitu wahai sahabat-sahabat. Kerana apa? Kerana mereka menerima perkara itu sebagai satu arahan agama mereka yang dianggap sebagai sistem hidup mereka. Samalah juga dalam kes ini. Perkahwinan campur antara orang Islam dan penganut agama lain tidak dibenarkan. Ianya adalah aturan hidup kami. Cara hidup kami. Sistem kami. Dan yang paling terutamanya adalah ia merupakan perintah daripada
Lantas, marilah kita saling menghormati sistem dan ajaran agama setiap daripada kita. Janganlah kita bercakap soal hak asasi secara wewenang pada tempat yang tidak sepatutnya ia disebut.
Bersama membina jaringan kefahaman yang lebih mendalam antara kita semua.
PAS For All..
-------------------------------------------------------------------
Iklan tersebut memaparkan sesi temubual seorang wanita kepada seorang pelajar lelaki cina bernama Tan Hong Ming. Pertanyaan adalah berkaitan soal cinta. Tan Hon Ming berkata ia suka kepada seorang pelajar perempuan bernama Umi Qazrina. Bila ditanya pula kepada Umi Qazrina siapa 'boyfriend'nya ia menjawab Tan Hong Ming. Iklan itu diakhiri dengan dua pelajar tersebut berlalu sambl berpegang tangan dan yang akhirnya adalah tulisan 'Kanak-kanak memahaminya.
Apa yang kanak-kanak itu faham? Apa mesej yang mahu disampaikan kepada rakyat oleh Petronas? Adakah mahu menyatakan bahawa bercinta sudah boleh sejak dari sekolah rendah? Dan yang paling utama, bolehkah percintaan berlainan agama sudah tiada halangan lagi bersempena dengan kemerdekaan negara yang ke 50? (iklan itu adalah sempena hari merdeka yang ke 50)
Adakah melalui iklan ini, memberi gambaran bahawa selepas ini, perkahwinan campur yang melibatkan berlainan agama sudah tak menjadi masalah lagi. Setiap pasangan bebas memilih siapa sahaja yang berlainan agama tanpa susah-susah untuk menukar kepada agama islam. Perkara ini adalah satu fenomena janggal yang mula diperkenalkan kepada masyarakat bahawa sudah tidak ada gunanya lagu hukum hakam agama. Alasannya mungkin: Kasih sayang melebihi segalanya!
Adakah petronas sudah tidak ada idea lain yang sebelum ini terkenal dengan penyampaian iklan yang sarat mengandungi mesej berjiwa rakyat. Apabila iklan seperti ini rakyat memandang dengan sambil lewa, ini adalah satu isyarat bahawa keadaan semakin bertambah bahaya. Tidak mustahil anak-anak kita yang sekolah akan terjamin keselamatannya! Mungkin anak-anak kita juga terjerat seperti mana adegan di dalam iklan itu. Anda mahu anak anda berkahwin dengan orang yang berlainan agama? Selepas itu, lahir anak, anak itu pula agama apa?
Nah, inilah satu agenda terancang yang disusun secara teliti oleh pihak penjahanam Islam. Jika sebelum ini terdapat pihak seperti IFC yang secara terang mendesak melakukan gubalan khas berkaitan perihal agama termasuk antaranya perkahwinan bebas antara agama, sekarang mereka sudah tidak bergerak secara terangan. Mereka bergerak secara halus melalui iklan2, drama2, filem2 dan sebagainya.
Jika kita masih ingat, dulu pelakon Bollywood ramai yang berlakon begini. Tidak ada siapapun yg marah. Kini keadaan yg sama akan berlaku di Malaysia secara berperingkat. Melihat iklan petronas ini dan juga drama Daun Kesum Daun Kari yang yang tonton siang tadi, saya berpendapat, inilah dia satu agenda pemusnah Islam. Islam akan dimusnahkan secara senyap. Secara diam-diam. Dan kemuncaknya, kuantiti murtad akan menjadi semakin bertambah. Dan akhirnya nanti, Islam akan terus dipandang asing. Orang yang menutup aurat dianggap kolot. Orang yang bersolat dikatakan membuang masa. Orang yang berkata perihal agama akan dianggap pengacau dan mesti dihapuskan segera.
6 comments:
Jumud. Lihatlah dari segi positif. Ayah saya bejaya kembangkan Islam dalam keluarga bonda saya.
Masalah di sini adalah apabila orang Islam lemah jati diri, bukannya masalah kahwin campur.
Tambahan pula, saya lihat, orang Islam Melayu tulen di Malaysia ini bertubuh kecil dan kurang pandai. Genetik yang tidak bagus ini dapat digubah dengan berkahwin campur.
tidak semestinya perkahwinan itu bersifat negatif tuan, perkahwinan campur boleh melahirkan baka yang baik di masa depan. malah ia juga merupakan cara penyebaran agama yang umum. lebih membanggakan adalah soal kerakyatan di Malaysia. pertambahan bilangan kahwin campur sekaligus mengurangkan kes perkauman. minta maaf jika terhiris di hati pembaca, bersama kita cuma megharapkan kedaimaian di Malaysia...
kesemua agama mementingkan cara keagamaan mereka, pendirian agama mereka masing masing, tetapi perkara ini tetap berlaku dengan keikhlasan hati memeluk agama yg lain dari dirinya itu, jika perkara ini mampu dilakukan, permasalahan di atas diri anak mereka juga boleh diatasi. permasalahan ini mampu diatasi dengan cara KERELAAN. KERELAAN anak itu untuk memilih dan memeluk agama atas kerelaannya. dalam soal keagamaan, yg penting adalah kerelaan hati seseorang itu untuk mengikut dan memeluk agamanya. tiada gunanya jika dipaksa atau diaturkan dgn hati yg tidak beralih.. tambahan pula anak itu mempunyai hak memeluk keagamaan apabila umurnya mencukupi.
permasaalahan kawin campur ini bukanlah satu fenomena yang asing...bkahwin campur itu harus pada pandangan saya kerana dgn pkahwinan ini kita dapat memperluaskanlg agama islam...akan tetapi sebagai org islam yang mempunyai keinginan utk berkahwin campur(dengan agama lain terutamanya)seharusnya mempunyai jati diri islam yang kukuh dan bukanlah berkahwin semata-mata kerana cinta sahaja....
abg...cubalah jangan politikkan hal ni...pandanglah dari sudut positif,nnti bila org bangkang..kata "pas juga yang kena slah"..cubalah open minded skit...yang abg sibuk dengan hal tu kenapa?..klau abg btul2 concern dengan hal ni..cuba jawab saya ya..-kenapa ada golongan imam yang membenarkan perkahwinan campur?kenapa ada yang tidak?dan setiap pihak disokong oleh dalil mereka....cuba rungkaikan kan,..lagi pun..agama ISLAm...bukan untuk MELAYU sahaja..ia untuk semua bangsa dan keturunan..kerana golongan2 mcam abg ni la yang buatkan org takut nak peluk islam..kerana mereka takut digelar MELAYU..sedangkan mereka punya bangsa sendiri..ingat abg,jangan kerana pemikiran negatif macam abg ni buat islam tu agama bangsa melayu..sedangkan ia untuk SEMUA...klau abg nak tahu..ramai kat luar sna tu MELAYU yang abg katakan sebagai semua islam...tapi ada juga melayu yang kristian..jangan nak hidupkan bangsa sendiri ja,tengok juga bangsa bukan bumiputera macam kami...fikirkan dan cari jwapan untuk apa yang saya tanya tdi..
Apa yang ingin disampaikan oleh penulis ini sebenarnya perkahwinan berlainan agama itu adalah tidak dibenarkan..yang bermaksud semasa pasangan tersebut berkahwin,kedua-duanya adalah beragama islam. Sekiranya salah seorang keluar dari Islam,secara automatik perkahwinan tersebut adalah terbatal,meskipun prosedur penceraian belum dijalankan. Hal ini kerana undang-undang Allah itu lebih tinggi dari mana-mana undang2 di muka bumi ini..dan hakikatnya undang2 tersebut adalah terpakai di padang masyhar nanti..
Post a Comment