15 January 2009

TERASA RAGU BILA UMNO MAHU PERTAHAN PALESTIN














Masih segar diingatan ketika satu ketika dahulu Malaysia pernah menjadi sebagai tuan rumah persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai mewakili rakyat Palestin dan mengenepikan wakil Hamas sebagai kerajaan yang sah dinegara itu yang turut hadir dalam persidangan tersebut. Sekaligus memberikan gambaran kepada kita UMNO adalah pendokong perjuangan Fatah bukan pendokong perjuangan Hamas! Tiba-tiba bila semenanjuang Gaza yang dikuasai Hamas diserang, UMNO pula menjadi jaguh! hai pelik! Kita berhak untuk meresa pelik dengan tindakan UMNO sekarang! Kutipan derma yang mencecah RM1,968,130.30 dipungut untuk siapa?

Serangan yang dilancarkan oleh Israel mendapat kutukan di seluruh dunia termasuk negara-negara Eropah dan barat. Kemarahan ini bertambah meluap-luap bagi negara umat Islam sehingga ke satu tahap untuk memboikot produk-produk keluaran Amerika & Israel. Sudah tentu mereka akan mengalami pengurangan jualan daripada negara umat Islam. Bagi menampung kerugian tersebut siapakah yang bertanggugjawab menyelamatkan ekonomi Israel? Adakah Israel tidak memikirkan kesan serangan terhadap Gaza bagi tempoh jangka panjang? Apakah tindakan segera Israel di dalam menghadapi pemboikotan produk-produk mereka?

Apa yang menghairankan kita ialah, UMNO selama ini tak ambil peduli langsung mengenai umat islam di Palestin, tiba-tiba menjadi juara mempertahankan sehingga mereka pun mahu berdemontrasi di tempat-tempat awam. Lebih menimbulkan tanda tanya bila kita melihat bendera Israel berkibar di PWTC milik UMNO!

Kelihatan bendera Israel berkibar di Bangunan PWTC milik UMNO

Apa yang kita kesalkan serta bimbangkan, kita sibuk memboikot produk Israel, tiba-tiba kewujudan derma yang dikumpul daripada umat islam yang diambil daripada masjid-masjid & pertubuhan Islam diserahkan terus kepada Kumpulan Fatah dan bukan kepada Hamas yang menjadi pejuang sebenar umat Islam di sana. Umum mengetahui Kumpulan Fatah ini bersengkongkol dengan zionis. Jika andaian ini benar! maka sungguh celakalah mereka! sungguh celakalah mereka! sungguh celakalah mereka yang melakukan terkutuk ini

Tuduhan ini bukan ditujukan kepada UMNO, tetapi ianya ditujukan kepada mereka yang bersengkongkol dengan Yahudi Laknatullah Alaih, yang menetang perjuangan Islam & kebenaran.

3 comments:

+HappySesame+ said...

It's a mistake to leave out this blog to a kolot guy..never stop to fitnah menfitnah and caci mencaci..x perlu la benda mcmani pun nk pertikaikan pak lebai woi..we are all muslim by the way..should help each other..nk tolong sesame islam pun x boleh..bukan org pas je islam kt dunia ni pak lebai..such a kolot thoughts!!org pas tu bersekongkol dgn org bukan muslim yg x sokong perlembagaan islam tu mcmane pulak pak lebai?org bukan islam mcm tu ke yg kena dilindungi..*sigh*memandai je kuarkan hukum wajib..after all, that's d only things they know what to do..Kalo benda yg pas buat tu Islamik, benda yg Umno buat mesti ada benda yg x kena..KOLOT!!

Anonymous said...

ye betul..
org berderma dgn keihklasan jgn dipertikaikan..
org islam tidak menghina org islam yg lain..
kalau anda rasa anda betul..silakan berhadapan dengan gentleman..bukan penghinaan di sebalik tulisan..

Islam itu indah..
hanya Allah yang tahu sejauh mana keimanan seseorang..
siapa anda untuk memilai keislaman dan keimanan insan lain?

TurkeyKini said...

Adakah dengan merasa curiga terhadap UMNO yang telah berkali-kali menipu rakyat, menjadi satu kesalahan?

Adakah dengan merasa curiga terhadap pencuri yang kerap mencuri & berbohong di kawasan kita, secara tiba-tiba berbuat baik dengan kita, juga menjadi satu kesalahan?

Memang kita tidak boleh mempertikaikan keihklasan seseorang.

Namun dengan hujah itu adakah berti kita perlu menerima apa sahaja yg dilakukan oleh org yg kita curigai tanpa rasa berhati-hati, cermat & berwaspada? Mana tahu kita bakal menjadi mangsanya?

Amacam?