10 March 2008

Dua Doktor PAS Gegar Johor

Setelah berhempas pulas sejak sekian lama, hari ini PAS negeri Johor mencatat sejarah apabila berjaya menempatkan 2 wakilnya ke Dewan Undangan Negeri Johor. Dr Muhammad Taslim Dari N15 Maharani Dan Dr Syeikh Ibrahim dari N13 Sungai Abong diberikan mandat untuk mewakili pengundi di kawasan masing-masing dalam Pilihanraya kali ke 12 ini.

Kemenangan Dr Syeikh Ibrahim dengan majoriti yang agak besar iaitu lebih 1500 undi dan Dr Mohammad Taslim dengan majoriti 158 Undi agak mengejutkan semua pihak. Pilihanraya kali ini juga turut mencipta sejarah bagi Negeri Johor apabila muncul antara negeri yang lewat mengumumkan penubuhan kerajaan negeri.

Pengumuman Kemenangan Dr Syeikh Ibrahim di N13 Sungai Abong diumumkan kira-kira jam 10 malam. Tetapi kemenangan Dr Muhammad Taslim di N15 Maharani hanya diumumkan kira-kira jam 1 pagi. Walau apa pun, Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah yang maha kuasa atas limpah kurnianya yang mengizinkan semua itu berlaku menurut perancanganNya.

Satu pengajaran kepada semua, khususnya pemimpin UMNO Johor agak menjadikan peristiwa penting ini satu iktibar untuk mereka tidak lagi mengucapkan ucapan-ucapan yang sombong dan bongkak kerana kuasa kita manusia sangat terbatas. Sedangkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Masih terasa sakitnya hati ini bila membaca kenyataan-kenyataan sombong mereka "BN akan pastikan semua calon PAS hilang deposit", "Pembangkang tidak perlu bertanding di Johor", dan banyak lagi kenyataan-kenyataan lain yang menpunyak nada keangkuhan yang sama.

Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

2 comments:

LemakBerlada said...

Alhamdulillah...
Kini terbukti sudah.
Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi dun Maharani.Ramai yang menyatakan rasa terkejut dengan kemenangan ini tetapi tidak bagi penduduk dun Maharani.Kenapa??
Sebabnya..Pemimpin umno ini sekiranya anda kenal adalah seorang yang bongkak..sombong dan menunjuk-nunjuk (Berlagak).. Inilah balasan dan kesannya. Berkempen dengan kereta mewah ,Pengikut-pengikutnya yang berlagak bagus,mengutuk dan mencerca pemimpin-pemimpin Pas sesedap mulut, seolah-olah mereka sahaja yang mampu..yang pandai dan terhebat..Bukti jelas kini, 'Taiko' ini kecundang dengan Doktor.Wang tidak boleh beli segalanya Tok Mat!!!

Allahuakhbar..

Gembira said...

Mungkin juga ada kaitan putera umno cabul puteri umno ?