16 October 2008

27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh

Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor, telah dibebaskan malam ini.

Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka juga diarahkan supaya melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela penduduk terbabit.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada 27 orang yang ditahan pagi tadi.

Mereka ditangkap polis pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Mereka yang ditahan itu termasuk tiga wanita orang dan dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.

Katanya, beliau difahamkan, Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Hassan juga, ketika dihubungi semasa berada polis terbabit, turut mengesahkan jumlah yang ditahan ialah seramai 27 orang, termasuk tiga orang wanita.

Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

No comments:

Sociable