15 October 2008

AMERIKA DITIMPA PELBAGAI BALA DARI ALLAH-ISYARAT KEPADA KEBANGKITAN ISLAM

LOS ANGELES 14 Okt. - Kebakaran hutan di beberapa daerah di California, meragut dua nyawa semalam, memaksa pihak bomba meningkatkan usaha mengawal api daripada terus merebak.

Koroner Daerah, Ed Winter berkata, mangsa pertama ialah seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kayu dan kadbod di bawah jejambat.

Mangsa kedua ialah pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di sebatang lebuh raya berhampiran Poter Ranch, setelah asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan.

Usaha anggota bomba untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak bagaimanapun berdepan dengan kesukaran akibat tiupan angin kencang.

Kebakaran paling teruk dilaporkan berlaku di kawasan penempatan di Lembah San Fernando, utara Los Angeles dengan lebih 1,000 anggota bomba bertungkus lumus mengawal api daripada memusnahkan rumah penduduk.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,200 penduduk telah dipindahkan dan berpuluh-puluh rumah bergerak pula musnah selepas api marak disebabkan angin kencang yang digelar Santa Ana.

Menurut pegawai Jabatan Bomba, kebakaran itu telah memusnahkan 4,046 hektar kawasan hutan.

Gabenor California, Arnold Schwarzenegger telah mengisytiharkan darurat di kawasan terbabit dan menggesa penduduk mematuhi arahan berpindah jika diminta berbuat demikian.

"Tiupan angin akan mengubah arah api dalam beberapa jam akan datang.

"Oleh itu, sangat penting bagi penduduk mematuhi amaran pegawai keselamatan untuk berpindah," katanya.

Sementara itu, kebakaran hutan di Taman Negara Angeles masih lagi marak dan bomba setakat ini hanya dapat mengawal lima peratus kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Bomba Los Angeles, Michael Freeman menggesa penduduk berpindah jika diminta berbuat demikian.

Dalam pada itu, 1,025 penduduk di bandar Oceanside diarah berpindah selepas api makin marak dan mula menghampiri pangkalan tentera marin di Pendleton.

Kebakaran turut dilaporkan berlaku di Taman Negara Angel Island di Teluk San Francisco membabitkan kawasan seluas 160 hektar.

Kebakaran hutan sering berlaku di California semasa musim kemarau dan angin Santa Ana.

Pada Oktober tahun lalu, kebakaran hutan di negeri itu menyebabkan lebih 640,000 penduduk dipindahkan dan kemusnahan harta benda bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.49 bilion).

Sekarang ini bukan masanya kita asyik nak tunggu pertukaran kerajaan baru, tetapi kita sebenarnya perlu fokus terhadap sistem Islam yang bakal menggantikan sistem barat. Kehancuran yang berlaku di Amerika sewajarnya kita jadikan satu signal dari Allah untuk kita bersiap sedia mengambil alih dunia ini daripada tangan-tangan Yahudi! Dewan Ulamak sewajarnya bangkit dengan mengemukakan formula Gagasan negara Islam yang ternyata berupaya menggantikan kebobrokan sitem yang telah hancur! Mereka hancur kerana benar-benar mengamalkan idealisma kapitalisme & sosialisme. Tetapi umat Islam hancur bukan kerana mengamalkan sistem islam tetapi meninggalkannya sistem tersebut.

Seminar penerangan kepada orang-orang UMNO , NGO & Kelab Penyokong Pas wajar diberikan pendedahan mengenai hakikat negara Islam yang dikenali sebagai negara berkebajikan. Jadi apa yang kita tunggu lagi untuk penyelesaian ummah sejagat? Apa gunanya Kelab penyokong Pas ini jika kita sendiri melupakan tanggugjawab untuk berdakwah kepada mereka? Bukankah tujuan mewujudkan Kelab Penyokong Pas ini adalah untuk memberikan kefahaman Islam sehingga mereka menjadi yakin serta sanggup untuk memperjuangankannya secara bersama.

Kalau mereka tidak mahu terima bukan kerana Islam itu lemah, tetapi kita gagal memahamkan kepada mereka tentang Islam yang sebenar. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mereka tolak Islam.

No comments: