12 October 2008

LEBIH 30 BUAH NEGERI DI AMERIKA TELAH LUMPUH

PETUGAS Lembaga Perdagangan Chicago membaca akhbar mengenai keadaan ekonomi Amerika yang semakin parah.

Alami defisit RM170.8b, tak mampu bayar gaji pekerja awam

WASHINGTON: Krisis kewangan Amerika Syarikat kian meruncing apabila sekurang-kurangnya 31 negeri termasuk yang bergelar 'lubuk emas' seperti California, New York dan Florida sudah tidak lagi mampu mampu membayar gaji pekerja awam dan terpaksa mendapatkan bantuan Persekutuan.

Malah, kos keseluruhan masalah ekonomi yang dihadapi negeri itu berkemungkinan mencecah kira-kira AS$53.4 bilion (RM170.8 bilion).
Business Week memetik data Pusat Keutamaan Dasar dan Belanjawan setakat akhir bulan lalu melaporkan semalam, California atau nama jolokannya 'Golden State' berdepan defisit atau pengurangan belanjawannya sejumlah AS$15 bilion (RM48 bilion), terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi kemelut itu.


Berikutan itu, California terpaksa meminta bantuan baru AS$7 bilion (RM22.4 bilion) bagi mengatasi masalah kekurangan bajetnya itu.

Jika tidak, ia tidak mungkin dapat membayar gaji pekerja penting seperti guru, polis, anggota bomba dan penyelamat serta perkhidmatan penting lain.

Sementara itu, kumpulan negara kaya dunia yang mengadakan pertemuan di ibu negara Amerika Syarikat semalam ketika dunia berdepan krisis kewangan, sekadar berikrar melaksanakan semua langkah wajar bagi menggerakkan semula pasaran kredit selain memastikan institusi kewangan dapat meningkatkan semula kewangan mereka.

Bagaimanapun, kenyataan barisan Menteri Kewangan Negara Kumpulan Tujuh (G7) termasuk Amerika, Kanada, Britain, Perancis, Itali, Jerman dan Jepun yang bermesyuarat lebih tiga jam lamanya itu.

1 comment:

PEMACU GEMILANG JOHOR said...

SEMINAR KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN 2008

AMK Johor dengan kerjasama AMK Kulai dengan sukacita akan menganjurkan SEMINAR INSENTIF kepada semua golongan di Negeri Johor ini untuk menceburi, memperbaiki dan meluaskan perniagaan kepada peserta. Ia tidak termaktup kepada Ahli dan AJK AMK sahaja. Maklumat aktiviti :-

1. Pembentangan Kertas kerja oleh Usahawan yang telah menjadi Jutawan ( nama dirahsiakan )
2. Lawatan kerja ke Pejabat Menteri Selangor dan anak syarikat kerajaan Selangor.
3. Taklimat khas cara-cara membuka syarikat, memohon lesen dengan Kementerian Kewangan.
4. Lawatan kerja ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat dan meminta pesanan Khas dari Mantan Menteri kewangan Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim perihal perniagaan global.
5. Taklimat khas dan perbincangan risiko perniagaan kearah bankrupsi dan syarikat muflis.
6. Kertas kerja pemilihan rakan kongsi dan jumlah dana perniagaan

Seminar tersebut akan diadakan di dua lokasi iaitu Johor Bahru dan Shah Alam. Penyertaan hanya terhad kepada 40 peserta sahaja. Untuk pendaftaran sila hubungi En. Zabidie Abas dan En. Mohamad Nazri atau email ke amkjohor@yahoo.com

Pemacu Gemilang Johor

Sociable