MUAR 5 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, DAP hanya memasang angan-angan dan mimpi kosong untuk menawan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Beliau yakin rakyat Johor tidak akan menerima parti pembangkang sama ada DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah terbukti Barisan Nasional (BN) banyak membawa pembangunan pesat kepada rakyat negeri ini.
KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan rakyat tidak akan menyesal atau rugi dengan setiap undi yang diberi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini.
JOHOR BAHRU 5 Mac – Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik secara liar kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah teraju Datuk Seri Abdullah Badawi adalah umpama ‘menggali kubur’ sendiri.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, segala kritikan serta tuduhan liar yang tidak praktikal dan tidak berasas itu menyebabkan kerajaan terpaksa ‘menggali balik’ rekod Anwar semasa berada dalam kerajaan dengan jawatan tertinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
KOTA TINGGI 5 Mac - Taktik Pas yang tiba-tiba cuba menampakkan kehadirannya di negeri Johor menerusi perang poster dan bendera tidak akan dapat menggugat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.Menurut calon BN bagi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar, pemerhatian pihaknya mendapati kecenderungan Pas menggunakan taktik berkenaan di negeri ini hanya bertujuan menarik undi simpati.
1 comment:
Assalamualaikum.. tahniah kpd pembangkang dan tahniah kpd seluruh petugas yg berkmpen.. Syed Hamid tu mmg ego..Alhamdulillah pengundi PAS di johor sudah bertambah..syed hamid mng dgn majoririti 18K, tetapi dia perlu igt, pengundi PAS dari 0 telah menjadi lebih 3000...tunggu kebangkitan PAS Kota Tinggi..
Post a Comment