10 August 2008

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat, Strategi Musuh Atau Harapan Rakyat?

Versi 1


Versi 2


Setakat ini saya sudah dapat melihat dua struktur kabinet bayangan yang disebarkan di dalam internet dalam dua versi. Malam tadi, ketika sedang berada di dalam program DPPNJ di Rengit Batu Pahat, saya menerima SMS daripada seorang pemuda yang memberitahu bahawa UMNO Batu Pahat telah membuat satu senarai kabinet Kerajaan Baru Malaysia yang hanya meletakkan tiga Ahli Parlimen PAS sebagai Menteri. Beliau sebut bahawa kabinet bayangan ini disebarkan untuk memecahkan belahkan perpaduan PAS dan PR

Sebelum ini, dua versi kabinet bayangan yang disebarkan di dalam internet. Satunya meletakkan DS Haji Hadi Awang sebagai PM dan satu lagi DS Anwar Ibrahim sebagai PM. Saya cuba menghayati apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh pereka struktur kabinet tersebut.

Struktur kabinet pertama ini sememangnya sudah nampak ianya hadir daripada idea kepada pemecah-belah PR dan mampu memberikan satu ketakutan serta kegerunan terhadap orang Melayu khususnya. Dengan meletakkan Lim Kit Siang sebagai TPM dan Menteri Pertahanan, Irene Fernendez sebagai Menteri Agama, DS Wan Azizah sebagai Menteri perlancongan (KL-Turkey-Washington) dan meletakkan hanya 8 orang Menteri daripada kaum Melayu daripada keseluruhan 32 Menteri yang diwujudkan sudah membayangkan satu gambaran bahawa Kabinet yang akan diwujudkan oleh DSAI membataskan dan membunuh masa depan Melayu. Saya pasti UMNO akan mengambil kesempatan seperti ini untuk menakut-nakutkan orang Melayu bahawa sekiranya PR memerintah maka masa depan orang Melayu akan musnah.

Satu lagi struktur kabinet pula memperlihatkan DS Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS pula menjadi PM. Kabinet ini saya percaya lahir daripada idea seseorang yang inginkan pentadbiran yang bersifat adil kepada semua dan menginginkan sebuah pentadbiran yang bercirikan pentadibiran Islam. Meletakkan TG Nik Abd Aziz sebagai Menteri Mentor dan Penasihat Perlaksaan Syariah Negara, YB Saifuddin sebagai Menteri Hisbah, Y USt Taib sebagai Menteri Agama & Perlaksanaan Syariat membayangkan betapa tinggi hasrat pencipta kabinet bayangan ini. Tidaklah kelihatan satu perasaan iri hati dengan hasrat PR untuk menubuhkan kerajaan jika kita memperhalusi kabinet bayangan ini cuma saya membayangkan ianya lahir daripada seorang penyokong PAS ataupun rakyat yang inginkan Islam ditegakkan di Malaysia tanpa mengenepikan agama yang lain.

Apapun, ia adalah idea dan pandangan masing-masing yang punyai hasrat yang berbeza. Satunya mahukan rakyat takut dan satu lagi mahukan perubahan ke arah kerajaan yang adil melalui sistem pemerintahan berteraskan agama Islam.

No comments:

Sociable