13 August 2008

Siapa penganjur sebenar perarakan membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan Bumiputera?

Dalam suasana Akta AUKU masih dalam proses untuk dipinda bagi memberikan ruang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam politik, tiba-tiba wujud perarakan besar-besaran membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan bumiputera. Tulisan ini bukan bermaksud bersetuju dengan cadangan itu, tapi satu kejutan yang terbaru bagi mahasiswa yang sebelum ini 'tidur' & 'layu' . Tapi bila berdepan dengan MB dari pakatan rakyat, secara drastik mereka bangkit & bangun.

Nampaknya ianya satu perkembangan yang baik...Mungkin lepas daripada ini mereka diberikan ruang seluasnya jika berlaku apa jua suasana politik terutamanya yang melibatkan negara. Kami nak tunggu bila mahasiswa ini akan bangkit bila berdepan dengan PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri.... Ingat! kami tunggu!

Memorandum bantahan diserahkan kepada Pegawai Ahkbar Menteri Besar, Hasril Abu Hassan



Sebahagian pelajar UiTM memegang sepanduk dalam perarakan memprotes di hadapan Bangunan SUK



Perarakan bermula dari Dataran Shah Alam menuju ke Bangunan SUK

1 comment:

Gembira said...

kalau tak salah pak marhaen tua ada menulis uitm bukan milik orang melayu. uitm sebetulnya ialah milik singapura ! mara banyak hutang tertunggak dgn bank singapura.

Sociable