12 August 2008

Raja Nazrin perkenan terima mengadap pimpinan PAS

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - PAS merakamkan rasa bersyukur dan menghargai kesudian Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsung Muktamar PAS ke-54.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang berkata pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hasrat untuk berjumpa dengan pimpinan tertinggi PAS Pusat dan pemimpin PAS yang berasal dari Perak pernah disuarakan oleh Raja Muda ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamluddin di Istana pada 17 Mei lalu, kata Ustaz Ahmad yang juga Naib Presiden PAS.

"Ketika MB Perak mengadap Raja Muda tempoh hari untuk memaklumkan Ipoh menjadi tuan rumah Muktamar PAS, tuanku memperkenankan untuk menerima mengadap pimpinan PAS," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dengan pertemuan itu dan hasrat murni Raja Muda, membuktikan lagi hubungan baik PAS dengan istana sentiasa berjalan dengan erat dan baik, katanya.

Malah Istana secara langsung memainkan peranan untuk mengukuhkan ikatan dengan meminta 31 Adun Pakatan Rakyat menulis akujanji untuk terus mendukung dan membangunkan Perak secara bersama-sama tanpa sebarang unsur untuk merosakkan atau melumpuhkan kerajaan negeri.

"Perkenan dan kepercayaan Tuanku menerima pelantikan Menteri Besar daripada PAS dan menerima kunjungan pimpinan PAS itu merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai harganya," katanya.

Sebelum daripada itu Raja Nazrin telah menerima kunjungan daripada Dewan Pemuda Pas Pusat...(gambar di atas)


No comments: