20 December 2006

BANJIR!!!

Posted by Picasa

Ini bukan gambar sebatang sungai tetapi gambar air yang mengalir di atas Jalan Penghulu Kassim Kluang pagi tadi setinggi lebih kurang 40 sm. Airnya mengalir deras dari limpahan sungai Mengkibol.

BANJIR DI KLUANG SEMAKIN BURUK!

Posted by Picasa













Sukar nak gambarkan dengan kata-kata tetapi banjir yang melanda Kluang ketika ini sungguh luar biasa. Baru sahaja pulang daripada pemantauan banjir dan saya masih belum dapat melelapkan mata kerana memikirkan keadaan yang sedang berlaku sekarang ini.
Musibah atau ujian?
Malam tadi, MB Johor telah membuat lawatan mengejut ke Balai Polis Kluang dan Pusat Pemindahan banjir di sekitar Kluang. Saya mendapat maklumat bahawa 26 pusat pemindahan telah dibuka dan seramai 7000 ribu orang telah dipindahkan sehingga pukul 10 mlm tadi. Sehingga kini, Kluang adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Hujan semakin lebat diluar, tiada tanda-tanda bahawa ia akan berhenti. Seorang teman memberitahu bahawa sekiranya hujan masih tidak berhenti, berkemungkinan seluruh bandar Kluang akan ditutp dengan air!
Sahabat-sahabat sedang mengunjungi pusat pemindahan banjir di Dewan Kampung Melayu Kluang untuk mendapatkan jumlah mangsa banjir.
Semoga keadaan akan pulih kembali, amin...

19 December 2006

BANJIR TERUS MELANDA JOHOR
















Saya baru pulang dari membuat lawatan ke beberapa lokasi di Kluang yang sedang dilanda banjir dan kali ini banjir yang berlaku lebih dahsyat daripada tahun 2004 dahulu.

Jalan Mersing menghala ke bandar Kluang terpaksa ditutut kerana air bertakung sehingga beberapa kenderaan terkandas.

Air Sungai Mengkibol telah melimpah keluar sejak tengahari tadi.

Beberapa kampung juga dilaporkan telah mulai tenggelam seperti Kampung Bentong, Kampung Palembang, beberapa lokasi di Kampung Melayu, Yap Tau Sah, Kluang Baru, Kampung Baru, Kampung Semberong, Kampung Sri Cahaya (yang nak kena roboh tu...) Kampung Tengah dan beberapa kawasan lain.

Selepas solat Magrib nanti saya akan keluar semula dengan sahabat-sahabat yang lain untuk meneruskan bantuan. Turut bersama dengan operasi ini adalah Sdr Lim, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor.
 Posted by Picasa

18 December 2006

BERSEDIA MENGHADAPI BANJIR

Kesemua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan (DPPKK) diminta bersedia untuk menghadapi banjir. Hujan ketika ini masih turun sejak kelmarin di serata negeri Johor sehingga menyebabkan banjir telah berlaku di Kampung Laut, Batu 10 Skudai semalam.
Bernama juga melaporkan hari ini bahawa sungai-sungai di Kelantan telah melepasi daripada paras biasa. Sungai Kelantan dilaporkan telah naik 40 sm.
Unit Amal Johor yang telah dilatih untuk membantu rakyat diwaktu kecemasan diminta terus bersedia sepanjang masa.
Ketika ini, hujan masih terus turun tanpa henti di Kluang dan sebahagian besar kawasan di negeri Johor.

DOKUMEN WPI BOLEH DIDAPATI DISINI

Posted by Picasa













Dokumen Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sekarang ini boleh didapati daripada laman web WPI, layari http://www.sjer.com.my/

Dokumen ini adalah dokumen yang telah 'disorokkan' daripada YB Dr Mohd Ramli Kari (PAS-Senggarang) selama ini.

Cepat-cepat lah muat turn (download) dokumen ini sebelum ia hilang daripada alam maya.

Seluruh dokumen ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dianaktirikan, mungkin menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya lebih 'world'.

KESIAN PAK LAH...

Posted by Picasa Sumber : Laman web PAS kawasan Parit Buntar
“ Malunya ada Perdana Menteri macam ni”. Itulah jawapan yang diberi oleh beberapa orang yang ditemui di sini, bagi mengulas kehadiran Pak Lah dalam Anugerah Filem India Global-Gifa di ibu kota baru-baru ini.
Lebih memalukan lagi apabila Pak Lah sebagai Perdana Menteri negara Islam Hadhari menyampaikan anugerah kepada Bipasha Pasu artis simbol seks Bollywood nombor 1 di India yang memenangi kategori Artis Wanita Terbaik.
Lebih menyedihkan kita, Pak Lah yang berjawatan Perdana Menteri sebuah negara yang merdeka berjalan keseorangan tanpa pengiring ke atas pentas semasa menyampaikan anugerah ini.
Bayangkanlah betapa Perdana Menteri diperlaku sebegini dalam negara sendiri di majlis yang meraikan artis luar bukan artis tanahair. Seorang pemerhati politik di sini berpendapat, Pak Lah sepatutnya tidak menghadiri program sebegini bagi menjaga maruahnya sebagai Perdana Menteri.
Cukuplah Rosmah Mansor isteri TPM yang juga Penaung Gifa beria-ria meraikan artis-artis Bollywood. Cukuplah Menteri-Menteri melepaskan keinginan berlawan bola dengan artis-artis Bollywood.
Perdana Menteri tak perlulah ikut sama macam mereka. Apa yang menghairankan kita di manakah penasihat-penasihat Perdana Menteri ?. Berilah nasihat kepada Pak Lah mana majlis yang seorang Perdana Menteri boleh pergi dan mana majlis yang seorang Perdana Menteri tak perlu pergi. Sebagaimana dimaklumi, artis-artis Bollywood ini terkenal dengan kesombongannya. Justeru, mengapakah terlampau berlebihan meraikan mereka sehingga Perdana Menteri pun turut sama meraikannya.
Memetik kata-kata seorang penduduk yang ditemui, “ artis-artis Bollywood pun terkejut tengok pemimpin nombor 1 negara kita boleh datang ke majlis depa. Kat negara lain tak pernah depa tengok macam tu. Nampak macam hebat sangat la depa”.

16 December 2006

14 December 2006

MEMORANDUM ISU KAMPUNG SRI CAHAYA KLUANG

Posted by Picasa
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang Renggam, Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail :
dppjohor@yahoo.com
Menerajui Kebangkitan

Ruj Kami : PAS/DPP.12/2.05/memorandum_kgsricahaya(26/06)
Ruj Tuan :

Tarikh : 14 Disember 2006/23 Zulkaedah 1427

Kepada

Y.A.B. Dato’ Abd Ghani bin Othman
Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta’zim
Pejabat Menteri Besar, Bukit Timbalan
80000 JOHOR BAHRU

Y.A.B. Dato’

MEMORANDUM BERKENAAN NOTIS MENGOSONGKAN TANAH DI ATAS KAWASAN PERINDUSTRIAN KLUANG II MUKIM KLUANG DAERAH KLUANG

Saya merujuk kepada surat daripada Johor Corporation (JCorp) no rujukan (52) dlm JCorp : JKH/04/(A)/39 bertarikh 30 November 2006 dan pertemuan bersama penduduk Kampung Sri Cahaya Kluang yang telah diarahkan untuk mengosongkan tanah dan kediaman mereka.

Hasil daripada pertemuan dengan penduduk yang terlibat dengan pengarahan ini, saya ingin memaklumkan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia yang telah lahir di Malaysia.

Terdapat 4 keluarga yang terlibat dalam pengarahan untuk mengosongkan kawasan perumahan tersebut.

i. Keluarga Encik Wagiman Bin Misman
ii. Keluarga Encik Puddin Bin A Rahman
iii. Keluarga Puan Kiyah Binti Manap
iv. Keluarga Encik Mohd Shah Bin Lokman

Dalam pertemuan dengan penduduk yang terlibat dengan notis mengosongkan tanah ini, saya difahamkan keluarga-keluarga ini telah pun meneroka kawasan ini lebih kurang 20 tahun yang lalu. Kawasan tanah yang telah diteroka ini telahpun dimanfaatkan sebagai kawasan penempatan dan pertanian.

Saya difahamkan juga bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk menuntut hak mereka sebagai peneroka awal tanah tersebut. Di antaranya, membuat perbincangan dengan Pejabat Tanah Kluang dan mengadakan perbincangan dengan JCorp namun kesemuanya telah menemui kegagalan.

Mengikut maklumat daripada surat arahan JCorp ini, kawasan penempatan ini telah termasuk di dalam Kawasan Perindustrian Kluang II seluas 94.2 ekar telah diambil alih oleh JCorp pada tahun 1982 seperti mana Warta Kerajaan Bil.157 bertarikh 4 Februari 1982 dan semua pampasan telah dibayar oleh JCorp mengikut borang ‘G’ pada tahun 1983.

Mengikut notis yang telah dikeluarkan oleh JCorp, penduduk telah dinasihatkan untuk mengosongkan tapak tersebut bagi melancarkan kerja-kerja tanah.

Tujuan Memorandum

Memorandum ini dihantar kepada YAB Datuk setelah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut :-

i. Peneroka tanah ini adalah penduduk tempatan berstatus bumiputera yang telah lahir dan menetap di Malaysia.
ii. Peneroka tanah ini telah meneroka dan memajukan tanah tersebut sejak sekian lama.
iii. Penduduk tersebut telah membina rumah kediaman yang terdiri daripada rumah batu dan separuh baru.
iv. Penduduk masih mempunyai anak-anak yang bersekolah.
v. Penduduk merupakan mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Mengambil kira kepada maklumat di atas termasuklah usaha gigih mereka mengusahakan tanah dan membina penempatan, saya mewakili penduduk Kampung Sri Cahaya yang terlibat dengan notis ini menggesa agar YAB Datuk melalui dasar peri kemanusiaan agar dapat membantu untuk memberi pampasan dan menggantikan penempatan baru kepada mereka yang terlibat.

Bersama-sama ini saya lampirkan notis arahan yang telah dikeluarkan oleh Jcorp kepada penduduk yang terlibat.

Saya juga menggesa supaya YAB Datuk dapat mengambil tindakan supaya mengambil tindakan menasihatkan Jcorp untuk menangguhkan tindakan untuk merobohkan rumah kediaman penduduk memandangkan tempoh notis 14 hari bagi mengosongkan tanah tersebut berakhir hari ini.

Firman Allah S.W. T.

"Wahai orang-orang yang beriman, Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Surah As-Saff 10 ~ 11

Semoga usaha yang sedikit ini dapat membuka ruang kepada YAB Datuk untuk membantu rakyat yang sedang menghadapi kesusahan ini.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan amanah,


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830

s.k. - Y.B. Salahuddin Bin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ahli Parlimen Kubang Krian

- Y.Bhg. Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamed
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

- Md Shahrodin Bin Md Yunos
Pengurus Besar Jabatan Khidmat Hartanah
Johor Corporation

- Pentadbir Tanah Kluang
Pejabat Pentadbir Tanah, Jalan Pejabat Kerajaan 1,
86000 Kluang, Johor Darul Takzim

- Y.B. Datuk Gapar Bin Gurrohu
ADUN Mahkota

- Encik Wagiman Bin Misman
Kampung Sri Cahaya, Kluang

- Encik Puddin Bin A. Rahman
Kampung Sri Cahaya, Kluang

- Puan Kiyah Binti Manap
Kampung Sri Cahaya, Kluang

- Encik Mohd Shah Bin Lokman
Kampung Sri Cahaya, Kluang

13 December 2006

YANG DIPERTUAN AGONG BARU















Sultan Mizan Zainal Abidin telah dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong yang baru.

Sultanah Nur Zahirah menjadi Permaisuri Agong yang kedua memakai tudung kepala.

Tengku Muhamad Ismail dilantik sebagai Pemangku Sultan Trengganu dan yang termuda.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Baginda sekeluarga, semoga Islam akan terus dimartabat sepanjang pemerintahan baginda nanti.

 Posted by Picasa

ISLAM HADHARI - SEMUANYA BOLEH!!!

Apa nak jadi dengan PM kita yang kuat tidur ni...sekarang nak meraba pulak ke...
 Posted by Picasa

RUQAYA BUKTIKAN ISLAM BOLEH!!!

Posted by Picasa DOHA, Qatar (AP) - Bahrain sprinter Ruqaya Al Ghasara says she isn't held back by running in a hijab, or full Muslim headscarf. In fact, she says, it makes her even quicker.

"Wearing traditional Muslim dress has encouraged me. It's not an obstacle - quite the opposite," said Al Ghasara, who won the gold medal in the 200-metres Monday night in 23.19 seconds.

The bronze medal winner earlier in the 100, Al Ghasara is instantly recognizable in her full-length running suit which leaves only her hands and face exposed. It's only traditional in spirit, however: The fabric is clingy and stretchable and her white hijab headwear bears the swoosh trademark of her sponsor.

Al Ghasara said her outfit is a personal choice, although tradition weighs heavily. While other Bahraini female athletes compete in the clothing more typical of their sports, many are naturalized Bahraini citizens who were not raised Muslim.

Yet Al Ghasara, who claims U.S. sprinter Marion Jones as a role model, said she hoped her clothing choice would inspire other Muslim women to join in competitive sports.

The 15th Asian Games are the first to be held in an Arab state and Doha officials are using it as a test run to bid for the 2016 Olympics. Other Muslim women have competed in clothes that conform with their traditions, but Al Ghasara has the highest profile.

"Wearing the hijab shows that there are no obstacles. I've set my best times wearing the hijab and even qualified for Osaka in it," she said, referring to the Japanese city which is hosting next year's World Championships.

Sumber : http://www.cbc.ca/cp/sports/061211/s121121A.html


“Syukur kepada Allah saya menang,” kata pelajar berusia 24 tahun itu, yang tidak seperti atlit import lain dalam pasukan olahraga Bahrain yang sebenarnya berasal dari Negara Teluk yang lain.
“Saya memang berhak menang emas acara 200m. Saya adalah yang terkuat dan terbaik,” kata Ruqaya sambil menambah dia tidak bermasalah memakai penutup kepala.
“Saya memiliki keinginan hebat untuk menunjukkan tiada masalah apabila memakai pakaian seperti ini,” katanya.
“Saya mahu katakan saya amat bertuah kerana menjadi seorang Muslim – ia satu rahmat. Memakai pakaian konservatif memberi galakan kepada saya. Memakai hijab membuktikan wanita Muslim tidak berdepan halangan dan menggalakkan mereka untuk menyertai sukan.
“Ini adalah kemenangan buat semua wanita Muslim. Saya menasihatkan semua wanita Muslim untuk menyertai sukan. Ia amat bagus untuk kesihatan dan negara anda.”

Sumber : http://www.bharian.com.my/

The 24-year-old wore a hijab - a scarf which covers the hair and neck - along with leggings and long sleeves, but still outpaced her more scantily-clad rivals to win gold for Bahrain.

"I want to say I'm very thankful for being a Muslim; it's a blessing," said the sports management student.

"Wearing conservative clothes has encouraged me. Wearing a veil proves that Muslim women face no obstacles and encourages them to participate in sport. This is a glory to all Muslim women."

Sumber : http://www.foxsports.com.au/

"I have no problems with the hijab," said Al Ghasara, who showed her talent in winning the West Asian 100m title last year also in Doha.
"I have a great desire to show that there are no problems with wearing these clothes. Wearing a veil proves that Muslim women face no obstacles and encourages them to compete in sport."

Sumber : http://english.aljazeera.net/


07 December 2006

MAKLUMAT TERKINI ISU KEMATIAN RAYAPPAN

Posted by Picasa Rayappan sah Kristian, keluar Islam sebelum mati

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini mengambil keputusan menarik balik kes tuntutan mayat A. Rayappan, yang menjadi rebutan antara majlis itu dengan keluarga si mati yang mendakwa Rayappan telahpun keluar agama Islam serta kembali kepada agama asal iaitu Kristian sebelum meninggal dunia.

Pengerusi Mais Datuk Mohamed Adzib Mohd Isa berkata Mais membincangkan perkara itu dengan semua pihak termasuk mendapatkan pandangan daripada mufti negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta penasihat undang-undang mengenai penarikan balik tuntutan itu.

"Kita berbincang dari dulu lagi tetapi sampai peringkat semalam kita telah buat keputusan berdasarkan maklumat yang kita kumpulkan sebelum ini.

"Kita rasakan tiada keterangan baru lagi yang boleh menyokong tuntutan Mais terhadap jenazah tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Dengan demikian Mais menarik balik kes ini daripada mahkamah pada hari ini juga dan tidak akan membuat sebarang tuntutan.

"Kita tidak akan menuntut mayat itu lagi. Tuntutan mayat itu terpulang kepada prosedur yang ada selepas ini,"
katanya.

Mohamed Adzib berkata segala maklumat yang dikumpulkan sebelum ini lebih menjurus kepada si mati bukan beragama Islam.

"Jadi saya harap perkara ini sudah selesai dan kita tidak fikir masyarakat akan pandang serong kerana kita buat keputusan berdasarkan fakta yang sedia ada, bukan emosi.

"Kita berdukacita kerana tidak ada bukti atau kerelaan daripada pihak yang sepatutnya mahu memberi keterangan di mahkamah,"
katanya.

Jumaat lepas, permohonan Mais untuk mengebumikan jenazah Rayappan atau nama Islamnya Muhammad Rayappan Abdullah mengikut hukum syarak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah tetapi keluarga si mati menghalang pegawai pihak berkuasa agama itu daripada mengambil mayat berkenaan kerana mendakwa Rayappan telahpun keluar daripada Islam.

Dua hari selepas itu, balu Rayappan memfailkan saman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Rayappan beragama Kristian dan mengikuti ajaran agama itu sebelum kematiannya pada 29 Nov lepas.

Lourdes Mary a/p Maria Soosay, 69, turut memohon perisytiharan bahawa dia adalah isteri yang sah kepada Rayappan yang mati di Hospital Kuala Lumpur pada usia 70 tahun akibat kencing manis dan kesukaran bernafas. BERNAMA

05 December 2006

PERTEMUAN DENGAN TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
















Dari kiri ; Ust Idris Ahmad (Timbalan Ketua DPPP) Khairul Faizi (Timbalan Ketua Pengarah PASTI Pusat), YB Salahudin Ayub (Ketua DPPP) dan Kamarul Arif (Setiausaha PASTI Pusat)

Gambar diambil selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran semalam.

 Posted by Picasa

PERTEMUAN DENGAN TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
















Pertemuan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Pelajaran utk membincangkan kedudukan PASTI yng ditadbir oleh DPP Pusat. Pertemuan telah diadakan di Puterajaya pada 4 Disember 2006. Beberapa perkara telah dibincangkan bersama.
 Posted by Picasa

01 December 2006

Catatan perobohan surau Kampung Berembang

Posted by Picasa
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) - Wartawan Harakahdaily, Azamin Amin dan Anis Nazri serta jurugambar Mohd Nasir Sudin berada di tempat kejadian dan 'merakam suasana' ketika Surau Kampung Berembang dirobohkan pagi semalam. Azamin menulis, beliau jarang menyaksikan kejadian yang begitu menyayat hati dan mencengkam dada, namun hari itu, jiwanya meruntun jua.

Berikut adalah catatan kasar beliau mengenai kronologi kejadian itu.

Lokasi Surau Ar-Rahimah Kampung Berembang, jam 9.00 pagi...hujan gerimis

Renyai hujan pagi itu, menandakan kesuraman di suasana Kawasan Kampung Berembang sedang bersedia 'meratapi' kesayuan kerana rumah Allah yang dibina atas limpahan peluh dan jerih payah akhirnya bakal tumbang walaupun dihalang dengan kudart, darah dan air mata hamba-Nya.

Penduduk kira-kira 30 orang sudah mula berkumpul dan mundar-mandir sekitar surau dua tingkat yang tersergam gagah.

10.00 pagi

Secara perlahan-lahan empat buah jentolak mula memasuki kawasan berhampiran surau. Tidak terkecuali, dua buah trak tunda untuk 'menarik' kenderaan penduduk yang menghalang jalan.

10.15 pagi

Ketumbukan pasukan 'angkatan pemusnah' yang terdiri daripada pasukan Majlis Ampang Jaya (MPAJ) lebih 100 orang, anggota polis berpakaian preman dan seragam termasuk FRU dan dua pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghampiri penduduk dan orang awam yang mula membenteng surau tersebut.

Dari jauh, kelibat beberapa orang daripada pihak pemaju sedang memerhatikan kerja-kerja yang bakal di lakukan oleh 'angkatan pemusnah'

Pegawai Jais cuba memujuk penduduk dan meminta penduduk mengosongkan kawasan surau tersebut

Penduduk dengan air mata merintih supaya pihak Jais berunding dengan pihak MPAJ akan menangguhkan perobohan surau tersebut.

Kata penduduk, jika keputusan tidak menyebelahi, mereka reda dan mereka masih mempertahankan surau tersebut kerana selain tempat solat dan beribadat, ia menjadi 'pusat perlindungan' sementara bagi penduduk kerana beberapa hari lalu MPAJ telah bertindak merobohkan lebih 50 kediaman dan penempatan mereka. Di sekeling surau, kelihatan khemah-khemah didirikan oleh penduduk kerana mereka tiada tempat berlindung.

Surau tersebut juga adalah tempat tidur bagi sesetengah kanak-kanak malang yang rumah mereka telah dirobohkan.

10.45 pagi

Rundingan gagal malah pegawai Jais tidak langsung berusaha untuk memujuk MPAJ dan tanpa hati kemanusiaan, MPAJ dengn keras hati memulakan kerja-kerja dengan mengarahkan supaya memasuki surau tersebut, namun pintu pagar hadapan dikunci oleh penduduk.

Sementara MPAJ mencari jalan, kira-kira 20 orang menunaikan solat hajat di hadapan pintu pagar tersebut. Selesai sahaja mereka kemudian berzikir dan berselawat secara beramai-ramai bersama penduduk kampung yang berada di situ kerana mahu mempertahankannya.

Seorang anggota MPAJ menghidupkan enjin gergaji besi untuk memotong pagar tepi surau tersebut dan melihat sahaja keadaan itu penduduk dan orang awam mula membina benteng - tangan bersilang tangan bagi menghalang daripada MPAJ merempuh masuk ke dalam surau.

11.00 pagi

'Perang bermula' Tanpa sekelumit rasa simpati dan perikemanusiaan MPAJ dengan kasar merempuh benteng manusia dengan mengasari mereka, memukul, menyiku, mencekak dan menumbuk beberapa orang penduduk.

Asak-mengasak berlaku, dan dua daripadanya telah diheret daripada kumpulan benteng manusia itu ke satu sudut oleh enam orang MPAJ dan polis

Kanak-kanak yang berada di atas surau menyanyikan lagu 'Negaraku'.

Pergelutan terus berlaku di empat penjuru yang berbeza dan keadaan menjadi tegang dan hilang kawalan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila anggota polis dan FRU turut masuk campur dan bertindak memukul penduduk serta penyokong mereka yang berhimpun di situ.

Setelah pagar tepi dipotong, penguat kuasa MPAJ meluru masuk ke dalam surau dan merempuh kumpulan remaja perempuan dan kanak-kanak yang menjadi 'kubu manusia' di dalam surau tersebut.

Seorang wanita pengsan kerena diheret dan bergelut dengan anggota wanita MPAJ

Di bahagian bawah surau, tiga beranak merantaikan diri mereka di tiang surau tersebut kerana tidak sanggup membiarkan MPAJ merobohkannya.

Peristiwa memilukan ini berakhir dengan MPAJ memotong rantai besi tersebut dan bergasak dengan tiga beranak itu yang mengakibatkan si suami tersebut muntah-muntah dan kemudiannya pengsan.

MPAJ menyelongkar, mengumpil cermin tingkap dan memecahkan bahagian dalam surau tersebut bagi memudahkan jentolak untuk 'memusnahkan' surau itu.

Di luar surau masih berlaku pergaduhan serta pergelutan kecil dan insiden kejar mengejar antara anggota dan beberapa penduduk di situ.

Teriakan, jeritan dan pekikan kaum wanita kerana meratapi perbuatan ganas MPAJ menyelubungi suasana

Di bahagian tepi surau kelihatan tiga remaja perempuan hampir pengsan dan longlai akibat bergelut dengan MPAJ

Kemuncaknya, 11 ditahan oleh anggota polis yang terdiri daripada pendudk kampung dan aktivis pelajar

Tragedi Kampung Berembang seolah-olah mengulangi situasi Memali apabila pihak berkuasa merempuh masuk ke madarasah untuk menangkap individu tertentu. Bezanya tiada tembakan dan gas mata mewarnai suasana kali ini. Bezanya pihak berkuasa kali ini merempuh masuk, untuk memusnahkan surau.

12.30 tengah hari

Sebuah jentolak merobohkan bahagian hadapan surau ketika para penduduk dan sukarelawan melaungkan "Allahu-Akbar","Hidup rakyat" dan "Hidup Islam" bergema di ruang angkasa Kampung Berembang.

1.00 petang

Akhirnya, 'Rumah Allah' roboh jua dan azan Zuhur sudah tidak berkumandang lagi...
Kampung Berembang kelihatan seperti 'zon perang' dengan penduduk "bergelimpangan", antaranya menangis kesakitan, manakala sebahagian lagi pengsan dan cedera dipukul MPAJ dan polis.

Yang masih tersergam di surau tersebut ialah sebatang tiang elektrik yang dililit dengan bendera-bendera kecil Barisan Nasional.

Penutup

Menutup 'acara pesta' meroboh surau pada hari itu ialah, acara 'majlis makan nasi bungkus' anggota MPAJ dan polis secara beramai-ramai di dalam trak, di bawah dan di celah pokok sambil memerhatikan penduduk-penduk yang kesedihan, kepenatan apatah lagi kelaparan.

Dan yang paling menarik upacara nasi bungkus itu khabarnya ditaja oleh pemaju yang bakal membina projek di atas tapak surau...

Kisah lanjut dalam Harakah cetak yang akan mula berada di pasaran pada 7 Disember depan. - lanh

ISLAM ATAU TIDAK?













Rujuk The Star online Posted by Picasa

29 November 2006

 Posted by Picasa

WPI - MAKLUMAT DARIPADA WIKIPEDIA

Posted by Picasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di Selatan Johor.Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Koridor ini ditubuhkan pada 30 Julai 2006.Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini, dikatakan apabila siap keseluruhan kawasan pembangunana menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura.
Khazanah Nasional Bhd. akan menjadi pemain utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER), diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.
Syarikat milik kerajaan (GLC), seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).
Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.
Keunikan WPI juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, Bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru.

28 November 2006

RMK-9 TERUS DIRAGUI.

Posted by Picasa
RMK-9 Bukan Sekadar Janji, Kata Abdullah
28 November, 2006 15:34 PM (Bernama)

PORT DICKSON, 28 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan amat serius dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan bukan setakat membuat janji kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata ada pihak melahirkan rasa sangsi mengenai kejayaan RMK-9 dengan menyatakan kononnya Malaysia hanya pandai membuat rancangan tetapi tidak daripada segi pelaksanaan.
"Ini merujuk kepada saya selaku pemimpin," katanya ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Pelaburan Dunia anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di sini.
-----------------------------------
FAIZI: Pak Lah terus membuat kenyataan untuk meyakinkan bahawa RMK9 akan berjaya. Rakyat nampaknya masih belum dapat diyakinkan lagi, lebih-lebih lagi PM Malaysia sekarang ini selalu sahaja tertidur...ZZZZZ....

KENYATAAN MEDIA - RASUAH

Kenyataan Media
(28 November 2006)

TAJUK :

BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) PERLU DIBERI KUASA MENDAKWA

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong terhadap cadangan dan usaha untuk memberikan kuasa kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa terhadap kes-kes yang disiasat oleh BPR. Ketika ini, BPR hanya diberikan kuasa untuk melakukan penyiasatan tetapi pendakwaan hanya boleh dilakukan oleh Peguam Negara.

Perkara ini telah dilontaran oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Azmi Kamaruddin supaya kerajaan memperluaskan kuasa mendakwa kepada BPR. Tan Sri Azmi menyatakan bagaimana BPR melalui zaman kegemilangan semasa ia diketuai oleh allahyarham Tan Sri Harun Hashim daripada tahun 1967 sehingga ke tahun 1971 (Mingguan Malaysia, 26 November 2006).

“Ketegasannya itu sampai menyebabkan dia menerima tekanan daripada orang politik. Saya masih ingat lagi pada waktu itu kalau sebut saja nama beliau, semua orang takut. Kaki rasuah cukup benci kepada beliau.
Beliau bukannya zalim dan keras tetapi seorang yang tinggi integritinya. Beliau juga diberi kuasa yang penuh untuk menjalankan tugasnya termasuk kuasa untuk mendakwa. Tetapi tekanan-tekanan itu akhirnya, maaf cakaplah, diterima”.

Cadangan ini juga disokong oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman yang menyatakan bahawa memberi kuasa mendakwa kepada BPR dilihat boleh mempercepatkan proses siasatan kes rasuah sekali gus memastikan keadilan dapat ditegakkan secepat mungkin (Utusan Malaysia, 28 November 2006).

Beliau juga menyebut bahawa sekiranya siasatan dan dakwaan dibuat oleh satu badan sahaja, maka sebarang isu penangguhan dalam siasatan dan pendakwaan kes akan dapat diatasi.

Kerajaan perlu melihat secara serius terhadap cadangan yang telah dinyatakan ini kerana tahap indeks terbaru rasuah diumumkan oleh Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index - CPI) pada 6 November lalu yang dikendalikan oleh Transparency International (TI) menunjukkan bahawa Malaysia terus menerima episod malang sehingga jatuh ke tangga ke 44 pada tahun ini berbanding tangga ke 39 tahun lalu.

DPPNJ melihat bahawa apabila BPR tidak diberikan kuasa untuk mendakwa terhadap apa jua kes yang disiasatnya maka BPR akan dijadikan sasaran apabila kes-kes rasuah tidak dapat diselesaikan sedangkan BPR telahpun selesai menjalankan tugas mereka. Sebagai contoh, kes rasuah yang melibatkan dua lelaki yang cuba menawarkan wang sogokan kepada calon PAS DUN Pasir Raja, Encik Sanip Ithnin di kediaman beliau di Felda Sungai Sayong pada 16 Mac 2004. BPR telahpun menyiasat dengan bukti yang cukup termasuk merampas sejumlah RM5 ribu daripada kedua-dua lelaki itu yang didakwa merupakan 10 peratus daripada bayaran keseluruhan untuk Sanip menarik diri.

Sehingga kini, hasil siasatan tersebut masih belum dilaporkan kepada pengadu kerana BPR mendakwa kertas siasatan telahpun diserah kepada Peguam Negara. Sikap berlengah untuk mendakwa kes ini di mahkamah menyebabkan Encik Sanip Ithnin telah memfailkan saman pemula terhadap Peguam Negara berikutan kegagalannya mendakwa pihak yang terbabit dalam kes rasuah pada pilihan raya umum lalu melalui Tetuan Hanipa & Associates yang telah memfailkan writ saman kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada bulan Julai yang lalu.

Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

27 November 2006

ADUN PAS DINAFIKAN HAK...SEKALI LAGI

Posted by Picasa Kenyataan Media
(27 November 2006)

TAJUK :

DOKUMEN WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (WPI) : ADUN PAS DINAFIKAN HAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kekesalan di atas penafian hak terhadap wakil rakyat daripada PAS iaitu YB Dr Mohd Ramli Bin Mohd Kari apabila sehingga kini masih lagi belum menerima apa-apa dokumen yang berkaitan dengan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

DPPNJ difahamkan bahawa dokumen tersebut yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dengan pelan rancangan WPI yang sebelum ini telah dilancarkan pada 4 November 2006 oleh Sultan Johor di Danga Bay, Johor Bahru.

DPPNJ merasa bimbang kerana WPI yang dikatakan 2.5 kali ganda besarnya daripada Singapura dan 48 kali ganda besar daripada Putrajaya, tidak dibahas dalam sidang dewan DUN Johor sebelum daripada pelancaran dibuat.

Lebih memeranjatkan, setiap wakil rakyat telah dibekalkan dokumen lengkap WPI dalam sidang DUN Johor yang sedang berlansung ketika ini dan akan berakhir pada 12 Disember 2006 yang akan datang tetapi hanya YB Dr Mohd Ramli sahaja yang dinafikan hak.

Penafian hak ini menunjukkan kerajaan pimpinan UMNO/BN di Johor cukup bimbang sekiranya maklumat berkaitan WPI ini akan diketahui oleh rakyat. Sehingga kini, rakyat di Johor khususnya masyarakat melayu tertanya-tanya apakah akan berlaku kepada nasib mereka yang terlibat dengan pembangunan WPI ini. Dikatakan bahawa WPI akan meliputi 221,634 hektar yang merentasi bandar raya Johor Baharu, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sebelah timur, Kulai di utara dan Mukim Serkat, Pontian di sebelah barat dengan membabitkan lima pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Banda Raya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT), Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG); Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Majlis Daerah Pontian.

Rakyat Johor juga tertanya-tanya dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (Upen), Mohd Noorazam Osman bahawa dua lokasi Zon Akses Bebas yang membenarkan pergerakan keluar masuk rakyat asing tanpa menggunakan pasport dicadang diwujudkan di Johor bagi membantu pembangunan WPI bertujuan memudahkan rakyat asing khususnya warga Singapura memasuki negara ini tanpa membawa dokumen perjalanan.
Menteri Besar Johor menyebut bahawa WPI akan merancakkan ekonomi Johor, akan mewujudkan kekayaan dan akan melibatkan semua rakyat Johor. DPPNJ bimbang bahawa kekayaan akhirnya akan hanya dinikmati oleh segelintir pimpinan UMNO/BN sahaja dengan peruntukan dengan anggaran sebanyak RM 2.3 billion sudah tentu membuka selera pimpinan UMNO/BN untuk merebut peluang terlibat secara langsung. Perlu kita ingat bahawa peruntukan kewangan untuk membiayai projek WPI ini sebahgian besarnya adalah daripada wang rakyat iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pagi tadi, YB Dr Mohd Ramli telah mengeluarkan Kenyataan Media di luar sidang DUN Johor di Bukit Timbalan Johor Bahru berkaitan dengan ketidakadilan yang telah berlaku. DPPNJ juga mengharapkan agar YB Dr Mohd Ramli tidak akan berputus asa walaupun keseorangan dalam sidang DUN Johor dan sememangnya sering dinafikan hak sebagai wakil rakyat.

DPPNJ dan PAS Johor akan terus komited untuk merungkai pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan WPI ini kerana ia melibatkan masa depan rakyat di negeri Johor. Walaupun harapan untuk mendapatkan dokumen rasmi WPI semakin tipis tetapi ia bukanlah halangan untuk PAS meneruskan agenda memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

10 November 2006

RASUAH SEMAKIN MEMBARAH, PAK LAH BERUNDURLAH...

Posted by Picasa RASUAH SEMAKIN MEMBARAH, PAK LAH BERUNDURLAH...

Pembuka bicara

Bibir pimpinan kerajaan pimpinan UMNO/BN seolah-olah terkunci rapat apabila indeks terbaru rasuah diumumkan oleh Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index - CPI) pada 6 November lalu yang dikendalikan oleh Transparency International (TI). Keberanian untuk menyatakan bahawa mereka adalah juara memerangi rasuah sudah semakin pudar.

TI, yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Berlin, Jerman, mula melakukan kajian ini pada tahun 1995. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan pengumpulan data dari pelbagai pihak di berbagai tempat serta persepsi ahli-ahli perniagaan yang berurusan di sesebuah negara. CPI memberi fokus kepada elemen rasuah dalam sektor awam dan ahli politik dengan melihat kepada penyalahgunaan kemudahan awam untuk kepentingan atau keuntungan peribadi.

Seperti yang diumumkan oleh Presiden TI-Malaysia, Tan Sri Ramon V. Navaratnam kedudukan CPI Malaysia bagi 2006 sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya, iaitu daripada tangga ke-39 daripada 158 negara pada tahun lalu kepada kedudukan 44 daripada 163 negara pada tahun ini. Begitu juga dengan skornya yang turun dari 5.1 mata pada 2005 kepada 5.0 tahun ini.

Menjadikan kemusykilan barangkali dikalangan rakyat Malaysia, apabila pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan gejala rasuah dalam negara. Apakah masih belum cukup dengan apa yang telah dilakukan selama ini untuk menghapuskan rasuah terus menemui kegagalan malahan bertambah buruk keadaannya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi pernah memberikan contoh bagaimana orang yang menghidap kudis akibat hanya digigit nyamuk perlu diubati dengan segera bagi mengelaknya daripada terus merebak dalam usahanya untuk membasmi rasuah.

“Masa kecil nampak macam kudis, makin besar jadi tokak, jadi gangren lepas itu jadi beracun, lepas itu mungkin ke potong kaki, potong tangan lepas itu bawa maut”'

Memang ‘mengerikan’ perumpamaan yang diberikan oleh Pak Lah ini tetapi hakikatnya rasuah masih terus menjadi-menjadi.

Persoalannya, kenapa rasuah semakin meningkat dan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia semakin menurun?

Rakyat mula memberikan kepercayaan awal

Keyakinan rakyat terhadap keseriusan Pak Lah untuk memerangi rasuah pada peringkat awal perlantikan Pak Lah sebagai PM terserlah apabila dibuktikan dengan penangkapan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan rasuah dan penipuan berhubung keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah yang dilakukan pada 1996.

Dua hari sebelum itu, bekas Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM76.4 juta pada 1994.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim sewaktu menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah mengumumkan bahawa masih terdapat 18 kes rasuah berprofil tinggi membabitkan orang kenamaan termasuk menteri yang sedang dalam peringkat akhir siasatan untuk dihadapkan ke mahkamah.
Penangkapan dua individu ternama ini telah menyebabkan Pak Lah disanjung tinggi. Ucapan penghargaan dan terima kasih tidak putus-putus diucapkan. Pak Lah, yang dikatakan sebagai ‘Mr Clean’ turut sama membuat kenyataan-kenyataan terhadap isu ini.
Persoalannya, kenapa rasuah semakin meningkat dan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia semakin menurun?

Benarkah Pak Lah serius?

Benarkah Pak Lah betul-betul ingin memerangi rasuah atau ianya adalah hasrat pihak tertentu? Semasa lawatan kerja beliau ke negeri Perak untuk bertemu dengan anggota perkhidmatan awam pada 16 Februari 2004, Pak Lah menyebut bahawa tindakan tegas kerajaan dalam usaha memerangi sepenuhnya gejala rasuah adalah lahir daripada hasratnya sendiri walaupun tahap rasuah di negara ini tidak mencapai peringkat yang terlalu teruk.

"Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan berkaitan usaha untuk membasmi rasuah adalah sebenarnya lahir daripada saya kerana saya menganggap bahawa rasuah itu jika dibenarkan, ia akan menjadi semakin parah"

Pak Lah terpaksa meyakinkan rakyat bahawa tindakannya ini bukanlah tindakan ‘gimik politik’. Ketika diwawancara oleh Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) sempena lawatannya ke sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak D-8 pada 18 Februari 2004 di Iran, Pak Lah memberi amaran pihak berkuasa akan bertindak jika mempunyai bukti yang cukup serta berkeyakinan tindakan pendakwaan akan berakhir dengan pesalah rasuah menerima hukuman dan tindakannya itu bukan satu gimik politik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang (pilihanraya umum ke 11).

Perdana Menteri juga memberitahu bahawa beliau tidak akan melindungi sesiapa atau campur tangan dalam penguatkuasaan undang-undang berhubung rasuah dengan menegaskan bahawa tidak betul baginya berbuat demikian (campur tangan).

Ketika menjawab satu lagi soalan IRNA, Abdullah berkata, perang yang dilancarkannya ke atas rasuah itu bukan `satu propaganda untuk pilihan raya umum akan datang'.

“Memang akan ada sesetengah orang yang sentiasa bersikap sinis dan ragu-ragu terhadap motif di sebalik tindakan kita, tetapi, saya percaya sebilangan besar rakyat Malaysia berada di belakang saya dalam memerangi rasuah. Mesejnya amat mudah - jika pihak berkuasa mengumpul bukti yang cukup untuk meyakinkan bahawa dakwaan akan berakhir dengan pesalah menerima hukuman, mereka akan bertindak”

Semasa menyampaikan ucaptama bertajuk “Integriti: Asas Bagi Sebuah Kerajaan Yang Bersih” pada Forum Etika dan Integriti Sedunia 2005, pada 30 April 2005, PM Abdullah menegaskan bahawa rasuah akan terus diperangi tanpa mengira ‘bulu’ sebagai agenda utama pentadbirannya. Beliau berkata, dasar memerangi rasuah ialah bagi memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Beliau berkata, kerajaan akan menggunakan dua pendekatan serentak iaitu langkah pencegahan dan hukuman dalam kempen habis-habisan memerangi rasuah.

“Mereka yang mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa, sebenarnya silap kerana mereka menilai usaha itu hanya daripada segi tangkapan dan hukuman semata-mata”

Semasa menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada 14 September 2005, PM Abdullah terus memberikan keyakinan bahawa kerajaan masih belum hilang tumpuan dalam memerangi rasuah dan akan terus berperang bagi memastikan tindakan itu berjaya sehingga akhirnya para pedagang antarabangsa akan lebih selesa untuk melabur di Malaysia.

Persoalannya, kenapa rasuah semakin meningkat dan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia semakin menurun?

Pak Lah berbangga tangkapan pesalah rasuah semakin tinggi

Dengan penuh bangga, Pak Lah pernah menegaskan dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 April 2005 bahawa sejak dasar itu dilaksanakan, jumlah aduan rasuah meningkat sebanyak 17 peratus antara tahun 2003 dan 2004. Jumlah tangkapan juga meningkat sebanyak 47 peratus membabitkan 497 kes pada tahun lepas berbanding 339 tangkapan pada tahun 2003. Jumlah kes yang dibawa ke mahkamah juga meningkat kepada 179 pada tahun lepas berbanding 171 kes pada tahun 2003, ini tidak termasuk 471 kes yang sedang dibicarakan pada tahun lepas.

Menurut Pak Lah, jumlah kes rasuah yang dibawa ke mahkamah bertambah 22 peratus pada tahun 2004 berikutan meningkatnya kualiti penyiasatan dan bukti yang dikumpulkan. Di samping itu, lebih tujuh peratus kes berjaya diselesaikan pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

“BPR berjaya membuat tangkapan yang tertinggi sepanjang tahun lalu dan ini menunjukkan tekad serta keazaman saya untuk meneruskan kempen memerangi rasuah secara habis-habisan''

Pak Lah kata, kerajaan telah memberi peruntukan lebih besar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi meningkatkan kecekapannya termasuklah menerima cadangan BPR untuk menubuhkan unit yang dianggotai pakar perakaunan dan audit

Pak Lah kata, kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) yang berperanan memberi penerangan kepada pegawai serta kakitangan kerajaan tentang keburukan gejala rasuah agar mereka sentiasa menjauhi dari perbuatan keji itu.

Pak Lah kata, kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan mengurangkan kerenah birokrasi di jabatan-jabatan kerajaan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya perbuatan rasuah.

Pak Lah kata, kerajaan telah mewujudkan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia bagi memerangi gejala rasuah di kalangan anggota polis.

Persoalannya, kenapa rasuah semakin meningkat dan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia semakin menurun?

Pak Lah & UMNO punca rasuah terus berleluasa

Sebenarnya, kegagalan membasmi rasuah berpunca daripada kelemahan Pak Lah sendiri yang hanya serius ketika berkata tetapi lemah dalam tindakan.

Sebuah NGO di Malaysia yang terlibat dalam kempen memerangi rasuah, Gerakan Demokrasi dan anti-Korupsi (GERAK) membuat kenyataan bahawa pengumuman Transparensi Antarabangsa (TI) bahawa kedudukan Malaysia merosat dari tangga 39 ke tangga 44 dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) bukanlah satu perkara yang memeranjatkan.
Pengerusi GERAK, Mohamad Ezam Bin Mohd Nor melahirkan kekecewaan kerana Pak Lah tidak pernah berusaha untuk memperkasakan institusi penguatkuasaan anti rasuah seperti Badan Pencecah Rasuah (BPR). Walaupun Pak Lah cuba menonjolkan imej sebagai pemimpin yang memerangi rasuah hakikatnya sepanjang tiga tahun pemerintahan beliau gejala rasuah terus berleluasa.

GERAK telah mendesak kerajaan supaya bertanggungjawab terhadap keadaan ini dan membuat penjelasan mengapa sehingga ke hari ini, sebuah pemerintahan yang dimulakan dengan janji untuk memerangi rasuah tidak melakukan sebarang tindakan konkrit dari sudut pindaan undang-undang dalam mempertingkat dan memperkasakan setiap elemen masyarakat dan institusi yang relevan dalam membenteras rasuah.

UMNO pula terus kebal daripada rasuah. Rasuah di dalam UMNO tidak ada sangkut-paut dengan kesalahan dalam undang-undang negara. Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz yang disiarkan dalam Malaysia-Today telah memperakui dan bersetuju dengan pandangan bahawa ahli Umno memang kebal dari sudut rasuah dan undang-undang.

"Rasuah sememangnya penyakit dalam Umno dan kerajaan tetapi mereka seolah-olah kebal daripada pendakwaan dan penguatkuasaan kerana penguasaan politik dan BPR yang tidak bebas dan jika ada pendakwaan atau tindakan ke atas mana-mana ahli Umno kerana rasuah itupun dilakukan berdasarkan tindakan politik"

Sebagai contoh mudah, kes membabitkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad yang dikenakan tindakan penggantungan kerana rasuah wang dalam pemilihan Umno. Seluruh Negara malahan seluruh dunia tahu bahawa beliau digantung kerana terlibat dalam rasuah (politik wang) semasa pemilihan UMNO tetapi BPR tiada kuasa untuk membuat penyiasatan.

Sebab itulah presiden TI Malaysia ketika memberikan ucapan pada pelancaran global CPI 2006 di Institut Integriti Malaysia melahirkan kekecewaannya kerana ada ‘golongan’ tertentu yang seolah-olahnya kebal daripada rasuah.

“Tiada sesiapa pun yang seharusnya mengatasi undang-undang. Ahli politik, TI, sesiapa sahaja. Selagi kita boleh membuktikannya(berlaku rasuah) tiada sesiapa pun yang kebal daripada undang-undang”
Penutup bicara

Perhimpunan Agong UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi akan menjadi medan terdekat untuk Pak Lah menghuraikan permasalahan rasuah ini kerana beliau akan bercakap dengan perwakilan-perwakilan UMNO daripada seluruh negara yang sudah sebati dengan rasuah (politik wang).

Mampukah Pak Lah mendabik dada bahawa beliau berjaya menjadi juara memerangi rasuah ataupun akan berdiam diri daripada memperkatakan isu ini? Ataupun, mungkin juga Pak Lah akan mengambil langkah yang sama seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir yang menangis di perhimpunan Agong UMNO kerana gejala rasuah (politik wang) semakin menjadi-jadi di dalam UMNO dan negara?

Perkara paling mudah sebenarnya, Pak Lah perlu jujur dengan memperakui kegagalannya dan kelemahannya. Langkah terbaik adalah berundur daripada memimpin Malaysia. Berundurlah…


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/
11 November 2006/19 Syawal 1427
11.10 pagi

09 November 2006

INDEKS RASUAH DI MALAYSIA TETAP MEMALUKAN

Saya terbaca satu rencana dalam Utusan Online hari ini yang bertajuk "Mengenali indeks Persepsi Rasuah". Artikel ini cuba menghuraikan apakah yang perlu kita perlu tahu tentang IPR ini.

Secara keseluruhannya, rencana ini menarik tetapi lebih bersifat untuk memberitahu pembaca bahawa indeks rasuah di Malaysia sebenarnya tidaklah seteruk mana kerana masih lagi berada dirangking yang tinggi. Sila baca artikel ini untuk makluman lanjut. Saya akan cuba membuat ulasan tentang isu rasuah ini.

Khairul Faizi
 Posted by Picasa

INDEKS RASUAH MENURUN, APA LAGI FORMULA PAK LAH?

Posted by Picasa Kenapa Pak Lah tidak berupaya untuk membuat ulasan panjang tentang Indeks Persepsi Rasuah yang menyatakan bahawa indeks rasuah Malaysia semakin buruk?
Adakah beliau sendiri tidak yakin lagi bahawa rasuah di Malaysia mampu untuk dipulihkan ataupun beliau sendiri tidak mampu untuk mengubahnya?
Dimanakah komitmen beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk menghapuskan rasuah?
Pak Lah semakin lemah, lemah dan terus lemah...
Ikuti ulasannya nanti.
Khairul Faizi

KALI PERTAMA PEMIMPIN ISLAM MENANG & DIPILIH KE KONGRES AS

Posted by Picasa

















Tahniah diucapkan kepada calon Demokrat, Keith Ellison kerana menjadi pemimpin Islam pertama dipilih ke Kongres Amerika Syarikat (AS) setelah memenangi kerusi Dewan Perwakilan bagi negeri Minnesota dalam pilihan raya semalam.

Peguam kulit hitam itu menewaskan pencabarnya dari Republikan, Alan Fine dan calon Parti Kemerdekaan, Tammy Lee.

Ellison, 43, yang mengatasi kecaman peribadi terhadap beliau sepanjang kempen, enggan menjadikan agama Islam sebagai isu dan menuduh media sengaja membesar-besarkan soal berkenaan.

Kemenangan ini membuktikan bahawa Islam tetap diterima walaupun sebelum ini ditekan hebat. Semoga dengan adanya wakil kongres beragama Islam ini dapat membantu untuk membetulkan persepsi yang negatif terhadap agama Islam ini.

07 November 2006

ISU PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS BUKAN ISU UMNO TETAPI ISU RAKYAT MALAYSIA

No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(56/06)
Kenyataan Media
(7 November 2006)

TAJUK :

ISU PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS BUKAN ISU UMNO TETAPI ISU RAKYAT MALAYSIA

Apabila UMNO Negeri Johor membangkitkan bahawa menolak pembelajaran dan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris (Etems) dalam Konvensyen UMNO Johor baru-baru ini, maka ramai dikalangan rakyat pelbagai lapisan membuat ulasan dan pandangan terhadap isu ini.

Utusan Malaysia memaparkan bagaimana bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman menyokong resolusi dan mengucap syabas dan tahniah kepada UMNO Johor kerana menentang pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pengerusi Kongres Kepentingan Bangsa, Tengku Razaleigh Hamzah, dalam ucapan merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 7 – juga menyebut bahawa apakah penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik menjamin kemajuan, rakyat lebih berpadu dan adakah kemerosotan mutu pendidikan serta kedudukan universiti-universiti berkaitan dengan soal ini?.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin Tun Hussien (Utusan Malaysia, 7 November 2006) yang memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa bersikap terbuka kepada pandangan menyokong dan menentang ahli-ahli UMNO mengenai soal pendidikan khususnya yang berkaitan dengan kepentingan melayu. Pihaknya akan memberi perhatian serius terhadap kemahuan UMNO Johor supaya dilakukan kajian semula keberkesanaan.

Kenyataan ini membuktikan sikap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang ‘double standard’ terhadap isu yang telah sekian lama menjadi perbicangan dalam masyarakat. Bayangkan, betapa sebelum ini kerajaan begitu tegas mempertahankan bahawa tindakan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris adalah tepat dan menolak sebarang cadangan dan pandangan walaupun ianya datang daripada golongan pendidikan dan pakar bahasa di Malaysia

Sebelum ini, pelbagai pihak telah menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini. Diantaranya, Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad yang menyifatkan soal bahasa yang digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan suatu isu besar. Menurutnya, ini kerana bahasa itu hanya merupakan suatu alat sedangkan bahan sebenar adalah subjeknya yang perlu dikuasai iaitu Matematik dan Sains.Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Omar Mohd. Hashim berpendirian sebaliknya dan berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar ini. Katanya, ia bagi mengelakkan lebih ramai anak-anak Melayu terpaksa bergelut untuk menguasai kedua-dua ilmu ini hanya kerana wujudnya masalah bahasa.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Awang Sariyan dalam kertas kerjanya bertajuk ”Pendidikan dan Perjuanga Bangsa :Tumpuan kepada Melayu dalam Sistem Pendidikan Negara” menjelaskan secara panjang lebar berkaitan dengan kepentingan bahasa Melayu dalam membina kemajuan Bangsa.

Kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan ini juga telah menyebabkan 4 orang pelajar yang diwakili oleh bapa mereka menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Metematik dan Sains di Makamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Januari 2006 sehingga Biro Pendidikan UMNO Malaysia menuduh PAS terlibat dalam menghasut pelajar ini membuat tindakan menyaman kerajaan.

Menteri Pelajaran Malaysia mestilah bertindak secara professional. Jangan hanya bila UMNO membantah baru kajian dan tindakan akan diambil tetapi bila ianya bukannya daripada UMNO dianggap tidak patriotik dan bersikap anti kerajaan. Isu ini bukan isu UMNO tetapi ia adalah isu rakyat Malaysia.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak awal lagi konsisten dalam membantah perlaksanaan pendidikan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Justeru, DPPNJ akan menyokong mana-mana pihak yang komited untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pendidikan termasuklah matapelajaran Matematik dan Sains.

Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

UMNO TERUS BANGKITKAN ISU MERITOKRASI, AGENDA PERJUANGAN MELAYU UNTUK TAGIH SOKONGAN MELAYU

No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(55/06)
Kenyataan Media
(7 November 2006)

TAJUK :

UMNO TERUS BANGKITKAN ISU MERITOKRASI, AGENDA PERJUANGAN MELAYU UNTUK TAGIH SOKONGAN MELAYU


Setiapkali menjelang Persidang Agong UMNO, maka bermulalah kebangkitan isu melayu digegarkan dalam media, berdegar-degarlah suara pemimpin UMNO yang menjadi juara kepada masa depan melayu. Soal meritokrasi, soal hak ketuanan Melayu, soal pendidikan dan bangsa sudah menjadi mainan UMNO. Rakyat khususnya orang-orang melayu cuba untuk dipancing agar memberikan tumpuan kearah persidangan UMNO ini.

Diantara yang diberi fokus adalah isu yang dibangkitkan oleh UMNO Johor. Di dalam Konvensyen UMNO Johor yang baru sahaja selesai telah mendapat liputan dalam media massa dengan agak meluas sehingga Setiausaha Agong UMNO dalam taklimat kepada media sempena perhimpunan Agong UMNO ini telah memaklumkan bahawa isu meritokrasi yang dibangkitkan ini mungkin akan disentuh dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi sehari sebelum perhimpunan berlangsung.

Dalam Utusan Malaysia hari ini telah disenaraikan sebanyak 40 resolusi telah dicapai dalam konvensyen ini dan resolusi berkaitan dengan menolak pembelajaran dan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dan isu meritokrasi telah mendapat respon daripada pelbagai pihak.

UMNO Johor sekali lagi telah membangkitkan isu meritokrasi seperti mana yng telah dibangkitkan pada Konvensyen UMNO Johor pada tahun lalu. Walaupun usul yang dibawa oleh UMNO Johor telah ditolak tetapi keberanian UMNO Johor untuk terus membawa isu ini memang tidak dapat dinafikan.

Ketika merasmikan Konvensyen UMNO Johor pada 9 Julai 2005 tahun lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman UMNO Johor telahpun membawa isu meritokrasi dan agenda melayu sebagai isu utama. Umno Johor menganggap sistem meritokrasi bukan sahaja membawa kemerosotan pelajar Melayu dalam bidang-bidang kompetitif malah merupakan satu bentuk diskriminasi dan penindasan. Sistem itu didapati telah menindas ribuan anak Melayu di luar bandar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan berkualiti.

Dewan Pemuda PAS NEgeri Johor (DPPNJ) melihat bahawa apapun yang cuba diketengahkan adalah memperlihatkan seolah-olahnya UMNO adalah parti yang masih relevan untuk kaum Melayu sedangkan hakikatnya tidak begitu. Ini diakui sendiri oleh UMNO Johor melalui resolusi ke 15 (Pendidikan) yang menyebut bahawa ‘UMNO harus mendekati generasi baru kerana mereka semakin menganggap UMNO tidak diperlukan oleh mereka’.

DPPNJ tetap menegaskan bahawa isu kepentingan Melayu adalah isu yang dibangkitkan semata-mata untuk menghadapi Perhimpunan Agong mereka. Perkara ini diakui sendiri oleh Profesor Diraja Ungku Aziz dalam wawancaranya seperti yang pernah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 15 Ogos 2004 bertajuk "Menang Bentuk Kalah Isi – Melayu tidak kisah Bangsa". Di antara perkara yang disentuh oleh Pak Ungku adalah pembasmian kemiskinan orang melayu yang sudah ada dalam Laporan Majlis Perunding Ekonomi Negara II tetapi kerajaan selalu mahu mencari cara-cara baru. Pak Ungku juga menyentuh isu agenda sosioekonomi orang Melayu yang harus dibincangkan selalu kerana hanya dengan cara itu saja dapat dicari jalan penyelesaiannya yang berkesan dan Agenda Melayu ini tidak terbatas sehingga bulan September nanti saja (Perhimpunan Agung UMNO tahun 2004). Pak Ungku juga menyebut bahawa pemimpin Melayu seringkali mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental.

Begitu juga dengan Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh di dalam satu wawancara bertajuk "Ada orang-orang Melayu di persimpangan jalan. Persaingan globalisasi masa depan" yang mana beliau menyentuh bahawa melayu sekarang berada di persimpangan. Pencapaian orang Melayu yang dibangga-banggakan sejak Dasar Ekonomi Baru tamat sudah semakin terhakis. Yang menariknya, beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap perbincangan isu ini melalui media massa yang nampak cukup rancak dalam tempoh seminggu ini. Beliau juga menyatakan bahawa "Janganlah hendaknya kita memperkatakan hal ini hanya kerana perhimpunan agung UMNO tidak lama lagi".

Jika dilihat kepada resolusi dan ucapan yang disampaikan oleh pemimpin UMNO, memanglah sangat menarik untuk dihayati tetapi realitinya kesemua itu hanyalah omong-omong kosong sahaja. Setelah selesai persidangan UMNO nanti, kesemua isu yang dibangkitkan ini akan dipandang sepi.

Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/