28 June 2006

APA NAK JADI DENGAN SUASANA PENDIDIKAN DI MALAYSIA?

Posted by Picasa








ASAS PENDIDIKAN ISLAM MAMPU MELAHIRKAN INSAN SOLEH SEPERTI YANG DILAKSANAKAN DI PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)
Entahlah, tak tau nak cakap apa lagi. Selagi mana sistem pendidikan tidak mahu mengikut Islam, kejadian pergaduhan, buli, gansterisme, samseng dan vandalisme akan terus terjadi.

Pada 16 Jun 2006 yang lalu telah didedahkan bagaimana seorang guru lelaki iaitu Cikgu Kamal Jauhari Jaafar diserang oleh seorang guru lelaki setelah dihentak dengan topi kaledar dikepala di Kota Tinggi sehingga menimbulkan pelbagai persepsi terhadap masa depan dan keberkesanan pendidikan di dalam Negara kita.

Saya telah membuat beberapa pandangan di dalam blog ini dan saya menyatakan bahawa pelajar sekolah akan menggunakan hujah ini untuk mereka melakukan kesalahan disiplin khususnya bergaduh atau memukul pelajar lain, bak kata pepatah “Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!”

Kebimbangan saya berasaskan kepada kejadian pergaduhan yang semakin tidak terkawal di kalangan pelajar sekolah.

Hari ini Harian Metro mendedahkan bahawa telah berlaku pergaduhan di sebuah sekolah di Kota Tinggi kerana persaingan merebut ahli kumpulan kongsi gelap di sebuah sekolah menengah di sini, dipercayai menjadi punca seorang pelajar tingkatan satu dibelasah sekumpulan pelajar lain pada 16 Jun lalu.

Menurut akhbar tersebut, semua pelajar yang ditahan itu berusia antara 13 hingga 15 tahun dan mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Difahamkan bahawa 7 daripada 12 pelajar yang terlibat dalam pergaduhan tersebut telah dibuang sekolah.

Di Melaka pula, dilaporkan bahawa seorang pelajar perempuan cedera di muka, tangan dan badan kerana dipukul 12 pelajar perempuan dari sekolah yang sama di sebuah perhentian bas tidak jauh dari sekolah mereka di Alor Gajah dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian berlaku ketika pelajar berusia 15 tahun sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 kerana merusuh.
Pelajar perempuan pun dah pndai bergaduh. Bukan setakat bergaduh tetapi memukul pelajar lain secara berkumpulan. Cuba anda bayangkan...di mana agaknya peranan Islam Hadhari?
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

No comments: