16 June 2006

KEJADIAN ROGOL BERLELUASA - APA TINDAKAN KITA

Kes rogol: Polis buru tujuh remaja
2006-06-16 10:26:59.0
Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI: Polis sedang memburu tujuh remaja lelaki berumur antara 19 hingga 20-an kerana dipercayai merogol secara bergilir-gilir seorang murid perempuan tingkatan tiga di beberapa tempat sekitar Kedah baru-baru ini.
Faizi : Apa nak jadi sekarang ni...kes rogol semacam tidak terkawal, pulak tu melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun...sangat menyedihkan...

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Hashim Ali, mangsa yang bersekolah di Gurun telah keluar dari rumah mengikuti teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga pada June 8 lalu.

Faizi : Sekarang ni mudah sangat kepercayaan diberikan kepada orang yang kadang-kadang tu baru dikenali tetapi sanggup untuk ikut kemana nak di bawa...tanpa pengetahuan keluarga pulak tu...
"Mangsa telah dibawa ke rumah datuk teman lelakinya di Sungai Yan lalu dirogol oleh teman lelakinya.
Faizi : Macamana agaknya kejadian rogol boleh berlaku di rumah datuk teman lelaki?. Senangnya hari ini nak bawa anak orang ke dalam rumah...budak perempuan ini semacam mengikut sahaja kehendak teman lelakinya tu...

"Keesokkan harinya (June 9), mangsa telah dibawa ke sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Sungai Petani lalu diperkenalkan kepada lima orang kawan teman lelakinya," jelas Hashim.
Faizi : Semalam dah kena rogol, selepas tu selepas dirogol masih lagi boleh ikut teman lelakinya ke shopping complex...

Menurut beliau, mangsa kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya bersama lima remaja berkenaan, yang membawanya bersiar-siar sekitar Sungai Petani sebelum mereka ke Dataran Gurun di kawasan Arah Selatan.

"Di Dataran Gurun, mangsa telah dirogol oleh kelima-lima remaja berkenaan secara bergilir-gilir antara jam 2pagi dan 2.30pagi June 10, walaupun pada mulanya mangsa menolak ajakan mereka untuk melakukan hubungan seks.
Faizi : Dunia dah terbalik, semalam dah kena rogol, selepas tu ditinggalkan teman lelakinya, bila diajak berzina (ajak berzina macam ajak makan) ditolak tapi akhirnya dirogol oleh 5 orang remaja...

"Mangsa kemudian dihubungi oleh teman lelakinya pada petang June 10 dan telah dibawa kembali ke pusat membeli-belah di Sungai Petani," jelasnya lagi.

Menurut Supt Hashim lagi, teman lelakinya memperkenalkan mangsa kepada seorang lagi remaja yang kemudian membawa mangsa bersiar-siar ke Pantai Murni, Yan sebelum merogol mangsa di sebuah rumah kosong di Semeling.
Faizi : Masih boleh ikut lagi teman lelaki durjana ? Apa nak jadi remaja hari ini. Prosesnya sama..perkenalkan dengan remaja lain selepas tu dirogol...

Keesokkan harinya, (June 12) mangsa dibawa oleh teman lelakinya ke rumah bapa saudaranya di Guar Cempedak. Semasa mangsa ditinggalkan oleh teman lelakinya di situ, mangsa telah menceritakan seluruh kejadian tersebut kepada bapa saudara teman lelakinya yang kemudian menghubungi keluarga mangsa, jelas Supt Hashim.

Mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda oleh keluarganya untuk membuat laporan tentang seluruh kejadian tersebut.

Supt Hashim Ali mengesahkan menerima laporan dari mangsa dan berkata polis menyiasat kes tersebut dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan enam sebatan.
Faizi : Lihatlah teman-teman, anak remaja kita semakin hari semakin rosak dan dirosakkan. Apakah kita perlu hanya menggelengkan kepala apabila membaca berita ini? Apakah dengan sekadar mengalirkan air mata mampu membasmi kemungkaran ini?.
Di mana hilangnya maruah mereka dan maruah kita...
Saya menyeru kepada semua umat Islam khususnya Pemuda PAS dan Pemuda BA di Johor ini untuk melipatgandakan usaha kita mendekati golongan remaja.
Siapa lagi nak kita harapkan...nak harapkan UMNO/BN? Mereka tidak memandang serius perkara ini malahan merekalah yang mencambahkan lagi hiburan dan program kemaksiatan.

No comments: