15 June 2006

LAWATAN KERJA MB KELANTAN KE JOHOR




Kelihatan Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan melawat ladang tapak tanaman pokok Buah Naga di Kluang semalam (14 Jun 2006). Turut hadir YB Dr Ramli Kari dan Ketua DPPNJ
Posted by Picasa
_____________________

Rencana

(Disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini)

Kejayaan projek tani moden
Oleh NOR SEDEK ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)


PROJEK Pertanian Moden pertama di negara ini merangkumi kawasan seluas kira-kira 4,000 hektar di daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor sudah membuahkan hasil.

Hasil sayuran, buah-buahan dan ternakan lembu setakat ini dalam tempoh sembilan bulan mencatatkan jualan kira-kira RM5 juta pada harga ladang.

Kejayaan pada usia baru setahun jagung ini penting bukan sahaja bagi Johor juga kepada negara dalam mengurangkan nilai eksport makanan dan ternakan.

Itulah antara objektif utama Kerajaan Persekutuan dengan melibatkan pihak swasta dalam meningkatkan hasil makanan negara.

Lebih membanggakan pengeluaran itu hanya mewakili sebahagian kecil tanah yang dipajakkan kepada 21 pengusaha kerana tanaman lain seperti limau, buah naga, nangka dan orkid dalam proses pembesaran.

Malah kawasan-kawasan yang sudah ditanam itu pun baru merangkumi 50 peratus daripada keseluruhan tapak disediakan.

Mengikut pecahan kawasan yang dimajukan dengan pertanian moden ialah kira-kira 2,500 hektar di Padang Hijau, Kluang dan seluas 1,500 hektar lagi dalam kawasan Institut Haiwan, Ayer Hitam, Batu Pahat.

Berbudi pada tanah memang tidak pernah rugi. Melihatkan potensi sekarang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyasarkan hasil jualan sebanyak RM100 juta setahun dalam tempoh tiga tahun lagi.

Kejayaan tersebut katanya bakal menjadikan Johor pengeluar makanan dan sayuran utama di negara ini.

Memperincikan kejayaan Projek Pertanian Moden itu, Pengarahnya, Dr. Ahmad Salleh menjelaskan tanaman sayur organik sahaja mencatatkan jualan terkumpul RM1.5 juta pada sembilan lalu.

Ternakan lembu pula, lembu hidup dengan berat 125 metri tan telah dipasarkan membawa pulangan RM1.8 juta manakala sebanyak 71 metrik tan daging lembu potong dijual setiap bulan dengan hasil RM1.08 juta.

Buah naga pula 30 metrik tan sebulan dengan harga ladang sebanyak RM90,000 tetapi kawasan belum dituai masih diluas, jelas beliau.

Kata Ahmad, hasil itu hanya untuk pasaran tempatan. Beliau juga tidak ragu-ragu projek itu bakal menjadi contoh di negeri-negeri lain dalam memaksimumkan penggunaan tanah.

Tertanya angka-angka tersebut menjawab keraguan ketika projek itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Padang Hijau, Kluang pada 25 Februari 2005.

Namun Ahmad turut melahirkan kesal kerana empat syarikat bagi tanaman herba spiriluna, lembu feed lot, lembu susu dan burung unta masih belum memulakan projek

No comments: