16 June 2006

GURU SERANG GURU - APA NAK JADI?!?!

Posted by Picasa Berita tentang seorang guru lelaki diserang oleh seorang guru lelaki yang lain seperti mana yang disiarkan dalam media pada hari ini menimbulkan pelbagai persepsi terhadap masa depan dan keberkesanan pendidikan di dalam Negara kita.

Dilaporkan bahawa Cikgu Kamal Jauhari Jaafar, 35, tidak sedarkan diri selepas dihentak di kepala oleh seorang guru lain menggunakan topi keledar berikutan perselisihan kecil di kuarters guru.

Mangsa kemudian dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) dan dipercayai mengalami gegaran otak akibat hentakan topi keledar berkenaan.

Apapun alasan yang akan diberikan oleh guru yang bertindak menyerang cikgu Kamal Jauhari ini tidak dapat menyokong tindakannya kerana ia telah menunjukkan sikap seorang guru yang tidak beretika.

Kes ini yang akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan membayangkan betapa seriusnya tindakan yang telah dilakukan.

Selepas ini, pelajar sekolah yang bergaduh atau yang terlibat dengan gejala samseng akan menggunakan kejadian ini sebagai alasan untuk menyokong tindakan mereka. Bak kata pepatah “Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!”
Khairul Faizi

No comments: