10 June 2006

Demokrasi : `Blue Print' perlu dibuat bagi rujukan PAS peringkat bawah

Wed Jun 07, 06 07:26:10 PM Oleh Saidatul Amani (Harakahdaily)

LOR SETAR, 7 Jun (Hrkh) - Pimpinan PAS Pusat digesa membuat satu `blue print' bagi memulihkan proses demokrasi yang akan dijadikan panduan kepada ahli-ahli PAS di peringkat cawangan, kawasan dan negeri bagi memudahkan mereka melakukan gerak kerja mendekati rakyat.

Perwakilan Negeri Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil mempersoalkan, samada proses pemulihan demokrasi itu berlaku dengan hanya bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada pimpinan PAS.

Beliau berkata, muktamar PAS kali ini bertemakan `Pulihkan demokrasi Daulatkan Islam' membuktikan bahawa PAS serius terhadap sistem demokrasi hari ini.

Katanya, kalau sebelum ini hanya disiarkan dalam kenyataan akhbar dan ceramah tetapi muktamar kali ke-52 ini meletakkan proses memulihkan demokrasi sebagai satu agenda yang besar.
Menurut beliau, memang tidak dinafikan apabila demokrasi dirosakkan oleh BN pelbagi cara telah dilakukan oleh Umno untuk merosakkan sistem tersebut yang sekaligus membimbangkan rakyat.
Sebagai contoh, Umno Johor telah menjual 5170 hektar tanah yang dijadikan sebagai takungan air jernih dan dibekalkan kepada Singapura dan tindakan itu telah menjahanamkan nasib rakyat di kawasan Kota Tinggi dan bandar Tenggara.
Tambah beliau, di kawasan itulah yang didakwa terdapat bigfoot dan dibimbangi perkara itu sengaja diwar-warkan oleh Umno Johor supaya tidak ada pihak yang menganggu projek dijalankan.
Dalam ucapan itu, beliau berkata, PAS Johor kesal dengan tindakan Umno yang membina satu kawasan disneyland di tanah seluah 990 hektar dan perbuatan itu membuktikan bahawa Umno jelas menyokong AS kerana disneyland itu merupakan produk daripada barat.
Katanya,sejauh mana lajnah Kebajikan dan Masyarakat dapat memainkan peranan bagi menyakinakan rakyat bahawa PAS juara menjaga kebajikan rakyat.
PAS Johor mencadangkan supaya Lajnah Kebajikan dan Masyarakat perlu bekerjasama dengan Unit Amal dan Nisa' supaya gerak kerja itu dapat dilihat sebagai satu gerak kerja daripada PAS bukan dalam unitnya.
Tambah beliau PAS Pusat perlu menubuhkan Jabatan kebajikan rakyat bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar perihatin terhadap kebajikan rakyat.
/wann

No comments: