17 February 2009

Gambar Bogel Elizabeth Wong : Modus Operandi Baru UMNO?



[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.

Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.

SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, mStar Online difahamkan Wong, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.

"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' esok (hari ini)," kata sumber itu kepada mStar Online tengah malam tadi.

Pertemuan kedua dipercayai berlarutan hingga awal pagi ini.

Dalam kenyataan satu muka dikeluarkan petang semalam, Wong berkata: "Saya mangsa dalam kejadian ini."

Wakil rakyat penggal pertama itu berkata, di sebalik 'krisis ini' beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan "serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

Jika melepaskan jawatan beliau tidak boleh bertanding lagi selama lima tahun.

Walaupun menerima tekanan daripada BN agar meletakkan jawatan, Wong juga menerima sokongan agar kekal sebagai ADUN dan Exco.

Sumber : klik di sini

3 comments:

Anonymous said...

soalnya betulkah 'gambar bogel tiada seurat benang' seperti kata wak toyo ?

gambar yg kecoh ni ialah gambar Elizabeth tengah tidur pakai baju pakai kain bukan gambar bogel.

dppjohor said...

politik ni kan benda yang spontan, cepat & pantas. kalau nak betulkan keadaan dengan persepsi masyarakat yang segera memandang serong dianggap telah terlambat...seni politik mmg begitu

PAS_Keldai_DAP said...

ini ke pemimpin pujaan Muslimah PAS? Tak tahu malu betul la... kalau la bergetah takpe la... ni dah ganyut... macam nenek kebayan

geli geleman la...

Sociable