05 February 2009

TERKINI PERAK : 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi MB

kemaskini 7.50pm Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.

Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.

Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS.

Beberapa pemimpin atasan gabungan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan mereka di situ.

No comments:

Sociable