05 February 2009

Terkini Perak : Salahuddin kerah pemuda PAS seluruh negara datang ke Ipoh

8.45 malam - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda PAS di seluruh negara supaya datang ke Ipoh sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Salahuddin semasa ditemu bual di Kediaman Menteri Besar oleh wartawan Intan Abdullah berkata, selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengesahkan status tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas di Mahkamah.

Tiga Adun tersebut ialah, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam pada itu, sehingga berita ini ditulis, Pakatan Rakyat masih bermesyuarat di kediaman Menteri Besar yang membabitkan 28 Adun serta pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Antaranya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh dan dua Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tian Chua dan Elizebeth Wong.

Sementera itu, di luar kediaman tersebut kelihatan orang ramai masih bersemangat menyatakan sokongan mereka kepada Nizar dan Pakatan Rakyat.

Pasukan polis pula mengepung kediaman biarpun dalam keadaan hujan renyai

1 comment:

raif said...

sudah la, semua dah allah yang tentukan yg penting bersabar

Sociable