07 February 2009

Mesyuarat Exco berjalan seperti biasa

Mesyuarat hari ini diadakan bagi membuat keputusan kepada beberapa dasar untuk rakyat, demikian penjelasan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di kediamannya pagi ini.

Hanya seorang Exco yang tidak hadir kerana YB. Seah ada urusan di IJN.

Ir. Nizar mengumumkan beberapa keputusan yang diambil dam mesyuarat khas exco hari ini.

"mana-mana tanah industri yabg diberi pajakan 30 dan 60 tahun telah diluluskan jadi 99 tahun dan ini diharapkan memberi lonjakan kepada pelabur." jelas Nizar.

MB juga mengumumkan ahli-ahli majlis PBT yang diluluskan seramai 342 akan me3ngangkat sumpah.

"Kita juga bersetuju untuk mengaktifkan semua Lapangan terbang Ipoh dengan Fire Fly akan memulakan penerbangan ke Singapura dan Subang dengan peruntukan RM 2.7 Juta setahun kepada syarikat tersebut." kata Nizar.

Exco Agama diberikan tugas untuk menguruskan makenisme kelulusan bajet 2009 mengenai Takaful Kifalah.

Ditanya mengenai adakah agensi kerajaan tidak laksanakan arahan hari ini, Nizar mengatakan sepatutunya jabatan akan patuh dan yakin akan dilaksanakan.

Nizar mengatakan minit mesyuarat akan dikeluarkan melalui arah dari Exco yang berkenaan.

MB Perak juga memaklumkan dia baru sahaja ditemuramah oleh TV al Jazera.

Menjawab soalan wartawan mengenai Perak yang kini mempunyai 2 kerajaan, belia mengatakan perkara ini hendaklah diselesaikan oleh mahkamah, belum pernah di dunia ada 2 MB dan 2 Exco.

"Saya mohon mahkamah mempercepatkan keputusan" Kata Nizar.

Nizar juga menjelaskan akan pergi ke pejabat seperti biasa kerana hari selasa adalah hari bertemu pelanggan, kami akan berlumba-lumba siapa dulu akan sampai" sambil diterima dengan gelak ketawa oleh wartawan.

Sumber : klik di sini

No comments: