05 February 2009

Terkini Perak : FRU mula hampiri kediaman MB

8.40 malam - Laungan "Hidup Rakyat" dan "Reformasi" bergema di perkarangan kediaman Menteri Besar Perak ketika tiga buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghampiri pintu pagar utama kediaman tersebut.

FRU membunyikan siren untuk mengganggu perhimpunan rakyat yang diadakan di perkarangan kediaman tersebut.

Lebih kurang empat ribu orang yang terdiri dari pelbagai kaum berkumpul bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan yang telah dipilih rakyat pada Pilihan raya Umum ke-12 yang lalu.

Pasukan Unit Amal PAS kini sedang mengawal di depan pintu pagar utama bagi menghalang kemaraan pasukan FRU.

Mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat sedang diadakan di dalam kediaman Menteri Besar

No comments: