05 February 2009

Terkini Perak : 5.40 pm : Adun dipanggil ke majlis angkat sumpah MB Perak esok

Semua Adun Perak dipanggil untuk hadir dalam Majlis yang dikatakan Angkat Sumpah Menteri Besar Perak pada jam 5.40 petang tadi dari pejabat Bahagian majlis SUK dari seorang pegawai yang dikenali. Pegawai itu menjelaskan hasratnya untuk menyampaikan surat jemputan rasmi mengenai majlis tersebut.

Bila ditanya siapakah MB baru yang beliau maksudkan dia mengatakan dia tidak tahu dan dia cuma ditugaskan untuk memanggil ADUN hadir.

Demikianlah episod rampasan kuasa yang membuktikan bahawa BN tidak menghormati langsung perlembagaan Negeri Perak 16(6) dalam menentukan kedudukan MB dalam keadaan seperti sekarang.

Sesungguhnya kebenaran hakiki adalah sandaran kepada Allah SWT.

No comments:

Sociable