03 February 2009

Tindakan SPR Mengundang Murka DYMM Sultan Perak


Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang telah kosong melalui perletakan jawatan, oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang disifatkan sangat mengelirukan dan boleh mengundang murka DYMM Sultan Perak.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof , mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak untuk memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut dianggap sebagai mempertikaikan kewibawaan DYMM Sultan Perak, yang merupakan bekas Ketua hakim Negara. Jika menggunakan kata yang lebih kasar lagi, seolah-olah lebih pandai & cerdik daripada DYMM Sultan. Seolah-olah DYMM tidak tahu prosedur yang betul untuk mengosongkan kedua-dua kerusi berkenaan.

Membantah keputusan Speker DUN Perak beerti bertindak bercanggah dengan perlembagaan negara & negeri Perak.

Tindakan SPR ini akan mengundang padah & murka baginda apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perak pada 2 Februari 2009 oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang ada.

Keputusan mengosongkan DUN berkenaan dengan pertikaian kesahihan surat adalah dua perkara berbeza. Hanya mahkamah tempat yang boleh mengesahkan pertikaian surat perletakan dua ADUN.

Menurut pandangan Adun Titi Serong, DRS. KHALIL IDHAM LIM mempersoalkan kenapakah SPR pada hari ini bertindak seolah-olah sebagai mahkamah? dan ia menyifatkan perkara ini sebagai satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Beliau juga yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak membantah keputusan SPR yang jelas menghina Sultan Perak dan Institusi Speaker di Negeri Perak.

Keadaan ini amatlah dikesali dan sangat tidak bertanggung jawab dalam suasana hari ini seluruh rakyat di Perak malah diseluruh negara sedang meraya Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang dikasihi.

No comments:

Sociable