14 February 2009

Kemelut politik Israel


NETANYAHU (tengah) tiba bagi menghadiri mesyuarat dengan Ahli-Ahli Parlimen di Baitulmaqdis semalam.


BAITULMAQDIS - Dua buah parti politik Israel yang berbeza ideologi mungkin menubuhkan kerajaan campuran setelah Menteri Luar, Tzipi Livni menang tipis dalam pilihan raya, kata penganalisis politik semalam.

Perkongsian kuasa adalah sesuatu yang jarang berlaku di Israel tetapi ia dilihat dapat menyelesaikan masalah politik semasa.

Keputusan penuh pilihan raya diumumkan kelmarin selepas kiraan undi tentera dan banduan menunjukkan tidak ada perubahan.

Livni yang memimpin Parti Kadima memenangi 28 kerusi manakala bekas Perdana Menteri, Netanyahu yang memimpin Parti Likud memperoleh 27 kerusi.

Sebanyak 10 kerusi lagi dimenangi oleh parti-parti kecil termasuk Parti Buruh yang diketuai Menteri Pertahanan, Ehud Barak.

Keputusan tipis ini menyebabkan Livni dan Netanyahu menunggu keputusan Presiden Shimon Peres untuk menamakan salah seorang daripada mereka sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun Peres hanya akan memilih Perdana Menteri baru bagi menggantikan Ehud Olmert dalam tempoh seminggu setelah keputusan rasmi pilihan raya digazet pada Rabu ini.

Livni secara terbuka menjemput Netanyahu untuk menyertai kerajaannya pada tahun lalu tetapi pelawaan itu ditolak kerana beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebuah akhbar berpengaruh, Maariv melaporkan rundingan antara Parti Likud, Parti Buruh dan Parti Kadima diadakan bagi menubuhkan kerajaan yang menguasai 68 kerusi daripada 120 Ahli Parlimen.

Kem Livni enggan mengulas laporan itu tetapi jurucakap Parti Likud menafikan spekulasi tersebut

No comments: