Bernama.Com : 20 Mei, 2006 13:56 PM
Harga Ayam Naik Lagi
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Harga ayam daging di seluruh negara naik 25 sen sekilogram hari ini, kenaikan kali kedua dalam tempoh empat hari.
Harga ayam daging dinaikkan 40 sen Rabu lepas dan dengan kenaikan hari ini bermakna harga baru itu menyamai harga siling yang disyorkan kerajaan.
Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia dalam satu kenyataan di sini menyatakan bahawa harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (super) kini RM6.70 sekilogram berbanding RM6.45 sekilogram Rabu lalu.
Kenaikan 25 sen juga diumumkan bagi harga runcit ayam siang beserta kaki, kepala, dan hempedal (standard) menjadikan harganya RM6 sekilogram kini berbanding RM5.75 sebelum ini.
Harga runcit ayam hidup naik 20 sen kepada RM5 sekilogram, harga pemborong ayam siang naik 25 sen menjadikannya RM5.40 sekilogram, harga pemborong ayam hidup naik 20 sen kepada RM4.50 sekilogram dan harga di ladang ayam hidup kini RM4 sekilogram, naik 20 sen berbanding hari Rabu.
Menurut kenyataan itu, harga yang ditetapkan adalah berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment