04 May 2006

ISU PLKN

UTUSAN MALAYSIA : Langgar disiplin, 60 jurulatih PLKN `direhatkan'

KUALA LUMPUR 3 Mei - Sehingga kini, seramai 60 jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah `direhatkan' atas pelbagai kesalahan disiplin.

Serentak itu, Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) mengarahkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan disiplin jurulatih dan pelatih program berkenaan.

Pengerusi MLKN, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia juga bagi mengelak kejadian pelatih di Kem PLKN Agro Tourism di Kluang, Johor, meninggal dunia ekoran pergaduhan dengan pelatih lain daripada berulang.

Beliau berkata, kejadian itu perlu dijadikan pengajaran pahit kepada semua pihak yang diberi amanah melaksanakan program tersebut.

``MLKN berpendapat JLKN harus bertindak dan mengambil inisiatif untuk memantapkan pengawasan di kem-kem bagi mengelak kejadian seperti itu berulang dan menjejaskan imej PLKN,'' katanya kepada pemberita selepas memaklumkan hasil mesyuarat MLKN di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

No comments: