17 May 2006

KEMANA PERGINYA BUDGET SEBANYAK RM 33 JUTA YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK MEMBINA JALAN ANTARA KOMPLEKS CIQ DENGAN TAMBAK JOHOR?

Posted by Picasa
Kenyataan Media
(17 Mei 2006)

TAJUK :

KEMANA PERGINYA BUDGET SEBANYAK RM 33 JUTA YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK MEMBINA JALAN ANTARA KOMPLEKS CIQ DENGAN TAMBAK JOHOR?

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin membangkitkan satu perkara berkaitan dengan budget yang telah diumumkan oleh Datuk Seri S. Samy Vellu untuk membina sebuah jejambat sepanjang 800 meter menghubungkan Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang baru ke Tambak Johor.

Semalam Menteri Kerja Raya ini telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan membina sebuah jejambat Jejambat setinggi 13 meter itu yang merentasi jejambat Tanjung Puteri sedia ada, akan dibina dengan kos RM250 juta.

Bagaimana pun, DPPNJ telah diberitahu bahawa sebelum ini kerajaan telah mengeluarkan budget sebanyak RM 33 juta untuk menyiapkan jalan yang menghubungkan kompleks CIQ tersebut dengan Tambak Johor. Berita ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 13 Disember 2005 manakala kenyataannya telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed

Oleh itu, DPPNJ mahukan penjelasan tentang perkara ini kerana bimbang wang rakyat berjumlah RM 33 juta ini akan turut sama ditenggelamkan di dalam selat Tebrau dan lebih membimbangkan lagi ia akan hilang bersama-sama pemimpin yang korup.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

No comments: