17 Mei, 2006 15:06 PM
Harga Ayam Naik 40 Sen
Harga Ayam Naik 40 Sen
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -
Harga ayam daging di seluruh negara naik 40 sen sekilo berkuatkuasa hari ini, demikian menurut Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia.
Menurut kenyataan persatuan itu, kenaikan itu disebabkan oleh faktor permintaan dan bekalan semasa.
Berikutan pengumuman itu, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini RM6.45 sekilo berbanding RM6.05 sekilo minggu lalu.
Selain itu, kenaikan 35 sen sekilo dilaporkan bagi harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala dan hempedal serta harga pemborong ayam siang iaitu masing-masing RM5.75 (RM5.40) dan RM5.15 (RM4.80).
Persatuan itu juga mengumumkan kenaikan 30 sen sekilo bagi harga di ladang ayam hidup iaitu kepada RM3.80 (RM3.50), harga pemborong ayam hidup RM4.30 (RM4) dan harga runcit ayam hidup RM4.80 (RM4.50).
Menurut kenyataan itu, walaupun berlaku kenaikan berbanding minggu lalu, semua harga itu masih berada di bawah harga siling seperti yang disyorkan kerajaan.-
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment