Sat May 13, 06 01:47:20 PM
Oleh Salman Hussin
JOHOR BAHRU, 13 Mei (Hrkh) - Tindakan Umno mempergunakan pelajar, premis dan sehingga memaksa perubahan jadual peperiksaan di sekolah-sekolah sekitar Johor semata-mata untuk menyambut perayaan ulang tahun ke-60 Umno baru-baru ini amatlah dikesali.
Beberapa sekolah di daerah Johor Bahru telah diberi cuti sempena sambutan kelahiran 60 tahun Umno yang disambut secara besar-besaran di Istana Besar Johor, dekat sini 11 Mei lalu.
Selain itu difahamkan terdapat juga sekolah-sekolah di daerah Pontian dan Pasir Gudang yang diarah menangguhkan Peperiksaan Ujian Setara yang sepatutnya diadakan serentak di semua sekolah di negeri ini pada hari Khamis (11 Mei) lalu, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (DPP NJ), Khairul Faizi Ahmad Kamil, di sini Rabu lalu.
Berikutan ‘cuti khas’ sempena kelahiran 60 tahun Umno ini Jadual Peperiksaan Ujian Setara yang sepatutnya dijalankan pada 11 Mei ini telah ditangguhkan kepada 15 Mei 2006 dan 17 Jun 2006.
Selain itu kita juga mendapat maklumat pelajar-pelajar Maktab Sultan Abu Bakar dekat sini diberi cuti kerana asrama mereka akan digunakan untuk menempatkan sebahagian perwakilan Umno yang datang dari seluruh negara, katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Central, dekat sini, baru-baru ini, hadir sama AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.
Katanya, DPP NJ telah membuat laporan polis berhubung surat yang diedarkan pihak sekolah di daerah Johor Bahru kepada seluruh ibu bapa yang memaklumkan arahan cuti sempena sambutan 60 tahun kelahiran Umno pada 11 Mei lalu.
“Kita merasa amat kesal dengan tindakan Pejabat Pelajaran Negeri Johor yang mengarahkan sekolah-sekolah di daerah ini ‘bercuti’ semata-mata untuk menyambut tarikh kelahiran sebuah parti politik.
"Tindakan Umno ini telah mencabuli tugas Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah apabila memaksa mereka untuk mematuhi arahan politik, walau pun mereka parti yang memerintah tetapi ini adalah program parti maka tidak sepatutnya Umno memperkudakan jabatan kerajaan untuk kepentingan parti mereka.
"Tindakan ini jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan politik daripada memikirkan kepentingan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan,"jelasnya.
Faizi selanjutnya berkata, keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun lepas di Johor adalah antara yang terlemah di negara ini, bila ini berlaku maka guru yang dipersalahkan sedangkan sebenarnya Umno yang menyebabkan pelajar di negeri ini tercicir apabila pembelajaran mereka diganggu dengan berbagai program parti yang membabitkan pelajar.
Sebaliknya guru-guru terpaksa akur dengan arahan politik yang dilakukan Umno, bagaimana kita boleh mencapai kecemerlangan dalam pendidikan kalau Umno sendiri mengganggu sistem pendidikan di negara ini,katanya.
"Laporan polis yang kita buat ini mendesak polis menyiasat beberapa perkara yang dilihat sebagai tindakan pencabulan Umno terhadap jabatan pelajaran di negeri ini.
"Selain itu kita juga akan melakukan tindakan susulan kepada Pejabat Pelajaran Johor bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini,"katanya.

No comments:
Post a Comment